Tiket Flight Murah Air Asia dan Malindo Air

Thursday, March 02, 2017

Berita baik untuk kaki travel atau korang yang nak bercuti ke Jakarta, Surabaya, Medan, Yogjakarta, Lombok, Bandung, Banda Aceh, Pekan Baru dan tempat-tempat menarik lagi di Indonesia, haruslah rebut peluang ni dapatkan tiket flight murah promosi daripada Air Asia bermula dengan harga RM75. Best ke best promosi tu? Mestilah best! Tapi bagi Fiza, tak berapa nak best sebab tak dapat rebut peluang untuk bercuti-cuti buat masa ni.

Biasanya kalau masa promosi tiket murah ni korang kena cepat. Memandangkan  promosi booking berakhir pada 5 March 2017. Jadi, korang kena cepat-cepat booking awal sebelum habis promosi. 

Kredit imej : Air Asia
Bukan setakat Air Asia buat promosi, Malindo Air pun ada buat promosi untuk booking yang terawal. Tiket murah sangat-sangat untuk kelas ekonomi semurah RM39. Apa lagi korang, yang ada bajet lebih nak bercuti tu booking awal jom!

Untuk Malindo Air, promosi murah ke Langkawi, Penang, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuching, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu. Agak-agak malas nak naik kereta balik kampung, apakata naik flight je. Cepat dan lebih murah sementara ada promosi tiket murah.

Kredit imej : Malindo Air
Selain dalam negeri, ada juga promosi luar negara ke Bali, Ho Chi Minh City, Bangkok, Chiang Mai, Jakarta, Bandung, Hong Kong, Colombo, Kochi, Tiruchirapally, Taipei, Guangzhou, Perth dan banyak tempat lagi.

Fiza pasti mesti ramai yang planning nak bercuti ke Yogjakarta sebab banyak tempat-tempat menarik di Yogjakarta seperti yang Fiza dah kongsikan dalam entri-entri lepas. Negara lain pun menarik juga. Bergantung pada minat masing-masing lah. Macam Fiza lebih suka bercuti explore tempat-tempat menarik. Ada orang suka bercuti shopping je kerjanya. Jadi, ikut minat dan kesukaan masing-masing. Nak bercuti jauh-jauh pun boleh sebab tiket tengah murah ni kan. Untung-untung boleh pergi Perth terus. 

Takpun korang boleh cuti sakan di beberapa negara memandangkan tiket flight murah ni. Sakanlah korang bercuti ye. Selamat bercuti semua orang. Tapi ada je yang malas nak rebut peluang ni sebab confirm susah nak booking masa tengah sibuk. Kaedahnya, Siapa cepat dia dapat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan promosi tu, korang boleh pergi website Air Asia dan Malindo Air. Fiza sekadar memanjangkan berita gembira ni je.
4 comments on "Tiket Flight Murah Air Asia dan Malindo Air"
  1. Tengok tiket malindo terus fikir nak balik kg..haha

    ReplyDelete
  2. Pergh, puluh2 jer. Murahnye.

    Terkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

    ReplyDelete
  3. wah mmg murah dan save budget abis kalo traveller yg mrncg utk beli tiket masa ni.. =D ju da bli tiket promo air asia juga last month, insyallah next month fly. xjauh ke mana, kl shja =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature