Makanan yang terbaik untuk kuatkan tulang

Saturday, March 11, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat berhujung minggu semua. Hari ni aktiviti utama pergi ke jemputan kahwin kawan encik suami. Dalam cabaran kurus Fiza terpaksalah cheat day untuk hari ni. Sesekali takpe kan langgar pantang. Nak kurus ni bukan senang ye. Yang penting jiwa kena kental dan disiplin bab makan perlu di jaga juga. Selain elakkan makan makanan berminyak, manis dan kurangkan pengambilan garam. Kita perlu juga kuatkan tulang kita.

Makanan yang terbaik untuk kuatkan tulang adalah sayur sayuran dan kekacang. Untuk mereka yang kurang suka sayur lebih baik mulai sekarang mula suka dan jatuh cinta dengan sayur. Ada sesetengah makanan yang bagus untuk kuatkan tulang kita seperti brokoli, bayam, sawi bok choy, kale, mustard greens, sesame seeds dan kacang almonds.


Makan sayur dan kekacang ni alternatif untuk mereka yang tak minum susu untuk kuatkan tulang tu. Kalau jenis tak minum susu dan tak makan sayur atau kacang tak tahulah nak kata apa lagi. Kadang-kadang untuk jadi lebih sihat terpaksa melatih diri untuk suka dengan apa yang kita tak suka. Betul tak? Beauty is pain. Tapi bila dah nampak hasilnya mesti korang akan terus amalkan gaya hidup yang sihat dengan betul.

Semua sayur dan kekacang ni Fiza suka makan sebab Fiza sejenis manusia suka sayur. Kalau boleh lepas masak sayur terus nak makan sayur je. Makan tanpa nasi pun boleh. Boleh kenyang cepat dan encik suami pun suka kalau Fiza masak sayur lebih. Lepas ni kena selalu beli sayur dan kekacang. Tapi almonds tu sekali sekala je boleh sebab harganya agak mahal juga. Apapun untuk pengambilan makanan yang sihat, kita perlu rancang membeli bahan-bahan suapaya boleh makan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kalau terlebih makan takut lain pula kesannya nanti.

Memandangkan harga barang pun makin naik, Jadi kita makanlah makanan yang sayur sayuran lebih sebab lebih murah dan lebih sihat. Untuk mereka nak kurus dan fit, Jom kita bakar kalori dengan pelbagai cabaran terutamanya pengambilan makanan seimbang yang betul.

Credit : Fanpage Kevin Zahari 
20 comments on "Makanan yang terbaik untuk kuatkan tulang"
  1. yang 4 atas pena makan.yg 4 bawah mcm tak pernah..hehe

    ReplyDelete
  2. Jemput join GA Akie...top referral akan dapat hadiah comel2 daripada Akie tau iaitu flower crown dan floral bracelet...
    http://balqislifestyle.blogspot.com/2014/02/giveaway-gadis-floral-by-cik-akie.html

    ReplyDelete
  3. Nice sharing... Sy suka semua jenis.di atas...

    ReplyDelete
  4. Dulu tak berapa makan sangat sayur..sekarang baru berjinak2 makan sayur untuk setiap hidangan..hehe..walaupun dalam kuantiti yg sikit..^^

    ReplyDelete
  5. actually sayur mmg bagus utk kesihatan kan Fiza... tapi tak tau lah kenapa setengah2 org tak berminat mkn sayur..esp. kids..

    ReplyDelete
  6. yup mmg sntiasa follow IG Kevin.. macam2 info kesihatan dan kecergasan ;)

    ReplyDelete
  7. hehe. thanks for sharing. lately aisyah rasa tulang macam nak tercabut. haha. tired. but lepas ni kena makan manyak sayur mehh

    ReplyDelete
  8. nasib baik jenis yang suka makan sayur. yeayy broccoli favourite saya!

    ReplyDelete
  9. suka brocoli n spinach tu...
    suka makan sayur tapi malas nak masak.. yelah makan sorang2..hehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum dik Fizah...akak pun suka makan sayur..tanpa sayur,suramlah makanan tu...

    ReplyDelete
  11. dlm byk2 tuu. almond yg paling nina suka :)

    ReplyDelete
  12. Ati2 dlm pjalanna dan selamat bhujung mggu =D

    ReplyDelete
  13. Setuju dengan kata awak. Mesti latih makan dengan benda yg kita tak suka. Dulu tak suka makan, skg da favourite terutama kekacang sambal sayur ma sayur sawi..

    ReplyDelete
  14. Setuju dengan kata awak. Mesti latih makan dengan benda yg kita tak suka. Dulu tak suka makan, skg da favourite terutama kekacang sambal sayur ma sayur sawi..

    ReplyDelete
  15. Alamak, saya makan sayur sawi je.. sayur lain susah sikit...

    ReplyDelete
  16. semau fav... bnyk manfaat mkn sayur ni, khasiat. lagpun sdap..

    ReplyDelete
  17. huish, mujur uyul suka minum susu. sayur pun suka makan. harap tulang kuat sampai bila bila.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  18. kurang sikit makan sayur..kalau ada makan.. kalau xde xmakan la..haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature