Watak Buntat dan Pak Samad Jadi Trending

Thursday, December 15, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Rupanya ramai dah terjebak dengan drama akasia TV3 7 Hari mencintaiku tu sejak watak buntat mati dan dua tiga hari ni watak Pak Samad pula jadi trending bualan netizen di laman sosial. Terkesan juga ye cerita tu walaupun pada mulanya tak tengok pun. Sekali dah tengok habis satu episod terus terjebak marathon tengok online.

Walaupun watak buntat ni watak kecil je tapi sedih kot bila buntat meninggal untuk selamatkan Kak Mia yang dia sayang dari dipukul Khalil yang jahat. Dah lah kena dera dengan Adi lepas tu terus meninggal pulak. Tu yang berganda sedih. Disebabkan buntat meninggal lah Mia terus berubah jadi seorang yang lebih baik sebab sebelum ni Mia sangat bencikan Buntat. Ada juga moral value cerita ni. Episod dah nak akhir-akhir ni banyak pulak kisah sedihnya. Uhuk uhuk..dah kenapa emosi sangat tengok drama ni entah. Siapa yang tengok cerita ni mesti tahu kan.


Sebenarnya Buntat atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Abdullah memang seperti yang dilakonkan dalam drama tu dalam dunia sebenar. Ramai juga manusia yang memberikan kata-kata tak baik tentang fizikal Buntat tu. Ish ish...Buntat hebat berlakon kot.
Ibu Muhammad Ariff Puan Rosdiana Mastura Abdullah, 29 tidak berkecil hati dengan ejekan berkenaan kerana anak sulungnya yang berusia 12 tahun itu mengalami disleksia yang hanya cenderung kepada perkara yang diminati sahaja. Menurutnya, anaknya itu turut menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja. "Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain."Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah. Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya," katanya.-Sumber dari siakap Keli
Macam rindu pulak dengan watak Buntat ni. Cerita 7 Hari Mencintaiku ni kira okaylah kan, kisah drama yang agak lain sikit. Bila buntat dah takde, nama Pak Samad pulak naik. Kalau perasan Pak Samad ni watak dia asyik marah je. Kalau Pak Samad marah je mesti  bergegar satu rumah, kamera pun bergegar. Dah lama perasan scene Pak Samad marah sampai bergegar ni. Kalau korang perasan la.. Nampak marah benar Pak Samad tu. Sesekali Aman Graseka dapat berlakon semula kan. Memang menjiwai dan betul-betul all out berlakon. Kadang-kadang rasa kelakar pun ada tengok watak Pak Samad ni.


Yang dah baca novel mesti dah tahu ending drama ni. Disebabkan Fiza ni bukan kaki Novel, kenalah hadap cerita ni sampai habis. Dalam cerita ni rasanya banyak watak yang mati, Ayah Mia, Buntat, Ummi Roziah, Khalil, Rita dan ada yang kata ending nanti Khuzairi meninggal sebab accident. Betul ke? Kalau benar bagai di kata, ending sedih lah maksudnya ye? Ni yang tak nak tengok ni. Kang tak pasal-pasal menitis air mata. Amboiii..menghayati sangat ke?
With Love, Sihatimerahjambu