Tempahan Design Blog Pusat Sumber SMK Assunta


Macam dah lama je tak update pasal artwork kan. Update lah juga untuk masukkan dalam portfolio. Portfolio kat fanpage tak berupdate pulak. Almaklumlah, admin banyak kerja nak di buat. Mana satu kerja nak focus entahlah. Rasa tak cukup kaki tangan apatah lagi nak berehat sambil layan drama sambil makan popcorn. Huh..bilalah nak dapat nikmat berehat macam tu. Nak layan drama online pun terpaksa skip ataupun sambil layan drama sambil buat kerja. Takde feel lansung!

Biasanya kalau ada tempahan blog akan ambil masa sikit sebab banyak bahagian nak kena di buat. Kalau setakat tempahan header blog, watermark ke boleh siap cepat juga. Alhamdulillah baru settle tempahan design Blog Pusat Sumber SMK Assunta. Sekarang Pusat Sumber sekolah pun perlu ada blog untuk kegunaan pelajar kan. Bagus ni. 

Dari apa yang di minta, menggunakan tema warna turqoise. Fiza campurkan beberapa warna turqoise. pale turqoise, dark turqoise, teal dan putih. Design simple sesuai untuk blog Pusat Sumber Sekolah. 

Terima kasih order cikgu!
pusatsumbersmkassunta.blogspot.my 
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Smart fiza... gut job... Tapi lea dah jatuh cinta dengan header blog fiza ni.. hahaha.. hadoii.. adakah kena tempah lagik ni?? Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lea..alahaii..jatuh cinta pulak ye..header blog Lea cantik dah tu :)

      Delete
  2. smk assunta? skolah kwn busyra.. haha.. nak tunjuk kat dia la.. hasil kerja blogger hebat buat website blog skolah dia. hehe. apapun hasil kerja akak mmg terbaikk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Busyra..eh, tak yahlah..bukan hebat mana pun =__='

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.