Sayur Apa Ni?


Musim hujan sejuk ni ramai yang ambil kesempatan bercuti di Cameron Highlands. Memang syoklah bercuti musim sejuk. Bertambah sejuk bercuti di atas tanah tinggi tu kan. Mesti sesak kat sana musim cuti sekolah ni. Dah pernah merasa jammed kat Cameron Highlands bila pergi musim cuti. Memang buang masa kat jammed je la.

Tak dapat pergi Cameron Higlands pun ada rezeki dapat sayur dari Cameron Highlands dari kawan husband. Banyak juga dapat sayur ada jagung, tomato, salad, lobak putih dan juga sayur ni (gambar bawah). Entah sayur apa namanya Fiza pun tak tahu. Tak pernah tengok. Jadi tak tahu nak masak apa.

Korang tahu tak sayur apa ni. Untuk masak apa ye? Kalau tahu, meh la share.


Sayur Cameron Highlands semua segar-segar. Kalau boleh semua nak bawak balik tapi tu lah sampai je bawah dah layu dah. Sama juga kalau beli strawberi. Sayur ni pun dah layu berapa hari simpan tak tahu nak masak apa. Help help. Kalau tahu nama boleh juga cari resepi macamana nak masak. 

Updated : Nama Sayur ni Beetroot atau ubi bit merah ( Seperti dalam komen ) dan Fiza dah baca sikit maklumat setelah menggoogle. Jadi dah tahu nak buat apa dengan beetroot ni. Terima kasih yang memberitahu. Jasamu di kenang.
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. alamak..x tau la sayur apa tu...banyak nampak kat pasar dan supermarket..nanti kalau pergi akak tgokkan...amboiii..x ramai orang ke naik cameron?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah nampak kat supermarket pulak sayur ni. Takpe kak, ada yang dah memberikan komen nama sayur ni. Eh, bukan Fiza pergi Cameron kak. atas ada tulis orang beri :)

      Delete
  2. Replies
    1. agak pelik la bagi kita yang tak pernah tengok ni kan :)

      Delete
  3. Replies
    1. akar sikit je dah kering pun. tak boleh tanam semula rasanya

      Delete
  4. Replies
    1. tak pastilah sebab baru nampak sayur ni. Mungkin juga sebab nampak macam bayam daun tu

      Delete
  5. Kalau tak silap ini beetroot ni ..sebab dia bahak spesis.. isi dia macam2 dark purple ..kalo belah 2 ada belang2 .. macam2 boleh buat ..salad ke buat jus minum pon boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ye ke? Terima kasih banyak Wani, akhirnya ada jawapan :)

      Delete
  6. selamat bsilat kat dapur =D
    Beetroot ni slalu nmpk dlm rncgn masak MKR. Minat tgk tu lgpun org putih suka pakai ubi bit dlm hidgn dorg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke..nak try cuba nanti apa yang menarik untuk dibuat.

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.