Ruang Makan Tema Biru Putih

Friday, December 09, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Rancang nak cat warna lain sebenarnya ruang makan ni tapi macam suka pulak dengan warna putih nampak lagi terang gitu. Cat putih memang beli lebih, jadi buatlah tema warna biru putih je. Bahagian warna putih cadangnya nak buat corak wave warna warni macam bilik pre laundry tu tapi husband tak nak pula sebab bosan katanya corak sama.

Bila husband dah cakap camtu, serahkan pada dia je nak buat macamana. So husband come out dengan idea nak buat corak macam twisted kabel. Pada mata seorang Fiza yang berlatar belakang sejarah budak elektrik memang corak twisted kabel lah Fiza nampak. Pada mata korang tak tahulah corak apa. Tak tahu nak namakan apa corak ni. 


Corak ni sebenarnya ada 4 warna jalur guna cat lebihan yang ada. Dapat juga buat corak-corak kan. Kalau tak, putih semua dinding tu. Ada corak nampak ceria sikit. Cuma putih tu tak nampak. Itu kejadian selepas cat. Yang jalur putih tu belum touch up line lagi untuk bagi jalur tu nampak jalur putih.

Gambar bawah ni selepas touch up line putih tu tapi line pun tak berapa jelas. Macam kena bold kan lagi line untuk jalur putih tu. Garisan corak pun belum sempat padam lagi tu. Kepenatan melampau betul kalau mengecat ni. Bukan setakat patah pinggang. Tulang jari jemari pun dah sakit-sakit dah sampai bengkak-bengkak. Phew~


Tapi bila dah siap semuanya, segala penat dan sakit tu hilang sekejap. Sekejap je, lepas tu setiap hari akan mengadu kat husband sakit tangan mintak tolong urut. Sampai sekarang jari jemari masih sakit. Sebab tu kena rehat lebih. 

Tak berapa nak dekorasi sangat ruang makan ni. Rasa dah okay dah dengan apa yang ada.

Kebetulan sinki warna biru, alas meja tu memang beli warna biru sebab nak samakan dengan dinding cat warna biru tu. Kebetulan juga tudung saji pun biru. Jadi, bertema biru putih lah gitu. 


Bertambah terang ruang makan ni sebab adanya pencahayaan lebih ni. Ruang makan ni agak tinggi sikit dinding dia, memang azab nak cat bahagian atas tu. Nasib tak jatuh je masa cat tu. =__='


Yeay, suka dengan mood baru ruang makan bertemakan biru putih ni. 

Cara nak buat corak ni macam biasa lukis dulu kat dinding. Buat bentuk empat segi dulu kemudian buat garisan antara bucu ke bucu tu macam gambar bawah ni.

With Love, Sihatimerahjambu

20 comments

  1. Replies
    1. semua orang boleh ada rumah yang kemas..Terima kasih 😗

      Delete
  2. Canteknya! Kalau saya yang but apalah yg jadi.haha

    ReplyDelete
  3. Puas hati kan kalo buat sdiri sume =D

    ReplyDelete
  4. bestnya klau minat husband n wife sma2, baru syiok nk mendeko2 kan..
    hoho..

    ReplyDelete
  5. Memang ngammm, nampak cool je..makan oun nnti cool je kann... sebab light2 gtuuuu~

    ReplyDelete
  6. Kreatifnya....simple tapi cantik di pandang....

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.