Persiapan Raya

Monday, July 04, 2016



Mood hari raya dah makin membara ni. Lagi sehari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Ada yang dah sampai kat kampung, ada yang akan pulang ke kampung malam raya dan tak ketinggalan yang tak dapat beraya di kampung di sebabkan kerja. Jangan sedih-sedih, hari raya perlu disambut dengan kegembiraan kan.

Macamana dengan persiapan raya korang? Dah dekat nak raya ni memang ramai ambil keputusan untuk buat persiapan last minit je. Ye lah, nak buat persiapan awal, macam awal sangat kan. Mood raya pun masih suam-suam lagi masa tu. Masa last minit ni barulah mood raya tu ada sebab lagu raya dah berkumandang. Kadang-kadang disebabkan sibuk, terpaksa buat persiapan last minit juga.

Bila buat persiapan last minit ni ada untung dan ada rugi. Yang untungnya kalau ada buat sale gila-gila memang berbaloi membeli dan yang ruginya terpaksa akur dengan pilihan yang ada. Nak tak nak, terpaksa membeli. Ikut masing-masing punya pilihan, masa, citarasa dan bajet.

Untuk persiapan raya Fiza tahun ni alhamdulillah ada rezeki lebih. Makanya dapatlah sepersalinan baru suami isteri di hari raya pertama. Hari raya kedua, ketiga dan seterusnya sampai ke sebulan pakai je baju raya tahun lepas-lepas. Walaupun raya sebulan tapi bukan bermakna hari-hari kena pakai baju raya kan. Jadi lah apa yang ada tu.

Kuih raya pula tahun ni tak buat satu jenis kuih pun. Beli pun tidak, tetamu datang kita masak-masak je juadah istimewa. Takdelah membazir kuih raya tak habis tu. Tuan rumah pun tak larat nak habiskan.

Kalau raya tanpa duit raya ibarat tak raya untuk budak-budak ni kan. Dapatlah sediakan bajet sikit untuk anak-anak buah, mak abah, mak abah mertua, uwan-uwan dan juga sedara-mara. Valid untuk raya pertama je sebab bajet untuk raya pertama je. Adat je kan memberi duit raya ni, tak wajib pun sebenarnya. Cuma kalau ada bajet lebih tak salah memberi. Kalau takde bajet, tak salah pun tak memberi.

Untuk persiapan rumah, cuma perlu bersihkan dan kemas sikit-sikit je. Lepas raya baru lah nak beraya di rumah sendiri kan. Okay, raya tahun ni persiapan agak kurang di bahagian lain cuma terlebih sikit pada persiapan persalinan je.. kemain lagi perkataan tu kan. Persalinan bagai. Pun boleh.. cuba teka tema warna apa raya sedondon Fiza dah husband tahun ni? Opsss..siapa dapat teka tidak di jamin dapat hadiah ye..kuikuikui.



Persiapan raya korang macamana pula? Mesti meletop habis ni. Kuih berbalang-balang. baju raya berpasang-pasang, duit raya berkepuk-kepuk dan apa lagi? Walau macamana pun persiapan raya kita, berbelanjalah mengikut kemampuan. Jangan tengok bajet orang lain. Yang terpenting hari raya semua orang bergembira.

5 comments

  1. wow
    anum tahun nie biasa2 je.. hehe ada benda lain nak di utamakan

    ReplyDelete
  2. slmt hari rya fiza.. nnti kt bw lg byk byk pas cuti raya ya..hihih

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Fizah! ^_^
    Akak tahun ni bersederhana je.. Baju raya pakai mana yang ada je.. Nasibla ada 2 helai jubah yang ditempah beberapa bulan lalu yang masih belum sempat pakai.. Jadilah.. Shopping raya pon just utk husband je.. Beli tahirt selai wat salin.. Lain2 semua pakai mana yang ada je.. Alhamdulillah, banyak jimat tahun ni.. ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.