Perkhidmatan Penghantaran Bunga Bloom2u di Seluruh Malaysia

Wednesday, July 20, 2016


Hai semua! Ada yang suka surprise kan orang tersayang dengan bunga-bungaan tak? Kalau ada, Fiza nak kongsikan satu website Flower delivery Kuala Lumpur yang ditempah secara online dan yang paling menarik boleh dihantar ke seluruh Malaysia. Walaupun perkhidmatan penghantaran bunga ni berlambak dipasaran tapi tak semua boleh hantar ke seluruh tempat dalam Malaysia. Itu sebabnya Fiza nak kongsikan website ni yang sangat mesra pengguna. Website yang sangat bersistematik, kemas dan juga cantik. Ye lah, dah rambang mata tengok bunga-bunga yang cantik-cantik tu. Website ini di namakan Bloom2u yang mempunyai pelbagai jenis bunga-bungaan dari elegant hand bouquet sehingga lah grand opening gift. Bloom2u merupakan pembekal bunga dan juga mempunyai kedai bunga yang terletak di Subang Jaya, Damansara Uptown dan Petaling Jaya.



Kat atas ni pandangan dari website dorang yang memang kemas, cantik dan sangat mesra pengguna. Semua maklumat sangat lengkap dan terdapat 2 kategori untuk memudahkan pengguna untuk memilih pelbagai jenis bunga dan juga majlis.

Di bawah kategori majlis, korang boleh memilih tema yang korang inginkan untuk majlis tersebut seperti majlis persaraan, pembukaan kedai, hari kekasih, hari jadi, perkahwinan, graduasi, akikah, pertunangan dan banyak lagi. Sebut je majlis apa, mesti boleh. Jadi, sangat senang untuk pengguna membuat tempahan mengikut citarasa sendiri hanya perlu ke website dan klik-klik mana yang diperlukan. Mudah kan!

Untuk kategori jenis bunga pula memang ada banyak jenis-jenis bunga yang boleh buat korang rambang mata nak memilih. Ada pelbagai jenis bunga yang ideal untuk pelbagai jenis majlis dan kehendak pengguna. Gubahan bunga pula korang boleh pilih samada nak jenis hand bouquets, pasu dan juga flower cake.

Flower cake? Mesti korang pertama kali dengar flower cake tu kan. Fiza pun baru first time dengar. Flower cake tu sebenarnya jambangan bungaan kecil untuk hiasan meja, hadiah ataupun untuk apa jua majlis. Design bunga terdiri daripada pelbagai jenis bunga seperti rose cherries, white cheese flowers dan lain-lain jenis bunga kegemaran. Klik SINI untuk melihat pelbagai jenis pilihan flower cake yang ada.
Salah satu  design flower cake
Kredit foto : Bloom2u
Selain itu, antara pilihan yang popular yang biasa pelanggan cari adalah hand bouquet wedding, grand opening stand types dan banyak lagi. Semua pilihan ni memudahkan kerja mereka untuk memilih jenis bunga yang mereka suka terutamanya bagi mereka yang nak cepat.
Salah satu design hand bouquet untuk perkahwinan
Kredit foto : Bloom2u
Buat pertama kalinya singgah kat wesbite ni terus tersuka dengan pelbagai pilihan yang ada. Lagipun dengan website yang sangat mesra pengguna memang memudahkan kerja kan. Salah satu perniagaan online yang bagus. Bagi mereka yang sedang mencari Kuala Lumpur Florist tu, Fiza cadangkan Bloom2u sebagai pilihan yang terbaik sebab dorang adalah salah satu kedai bunga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran bunga yang terbaik di Kuala Lumpur dan boleh di hantar ke seluruh Malaysia. 



2 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.