DIY Sticker Label

Benda dah lama tapi baru up entry..pedulikk..asal hado. Mana tahu kot ada yang nak tahu kan. Ini DIY Sticker Label habis jimat lah ni. Berkualiti dan tahan lama. Tetiba rajin pulak nak buat sticker label untuk segala rempah ratus kononnya.

Bila dah rajin, jangan tunggu lelama nanti bila M.A.L.A.S datang terbengkalai projek rajin nanti. Ini pun rajin sebab tengok banyak pulak botol kaca yang ada. Kalau seragamkan semua rempah ratus mesti nampak lagi cantik dapurku itu.

Cara Cara
1. Design label guna apa apa software pun boleh [word, photoscape, excel, photoshop dan seangkatan dengannya]
2. Kemudian print
3. Potong label mengikut bentuk 
4. Tampalkan transparent sellotape yang bersize besar dipermukaan label yang dah digunting tadi.
5. Kemudian terpulanglah nak gunting mengikut bentuk atau tidak. Kalau mengikut bentuk nak tampal kat botol kaca tu kenalah guna gam uhu. kalau tak potong mengikut bentuk terus je sellotape sekali kat kaca tapi nampak kurang cantik pulak kan.

Ini hasilnya bila dah potong mengikut bentuk selepas tampalkan sellotape kat permukaan label. Nampaklah macam sticker glossy sikit. Kira protect tahan lama lah kalau kena air tu.


Ini pulak lepas tampal guna gam UHU. Masa tampal tu kena tekan dan pegang dulu label tu supaya kekal kedudukan label tu sebab botol kaca kan licin.


Mudah dan jimat. Tapi kalau setakat buat sikit okaylah. Janganlah pergi buat untuk kenduri kahwin pulak. Gigil tangan nak buat sampai beratus beribu tu. Apapun kalau nak buat kenelah rajin ye.

20 comments:

  1. Btl tu fiza bila rajin harus di segerakn buat sblm jdi mls hihi

    ReplyDelete
  2. cantiknyaa. rajin aih dia buat label label gini :D

    ReplyDelete
  3. sangat kreatif.. lepas ni x ada dah amik slh brg hehe sbb da ada label

    ReplyDelete
  4. kreatifnya akak. jimat pun jimat. cantik pun cantik. hehe

    ReplyDelete
  5. nak beli printer..baru boleh buat semua ni

    ReplyDelete
  6. tak terbuat kalau dah kat rumah sekarang ni...cantik kan bila dah dilabel macam ni

    ReplyDelete
  7. Bila dah cantik kita pon suka tgk ...bila dah suk senangat sikit nak masak memasak ..

    ReplyDelete
  8. ada rumah sendiri boleh lah buat nk kemas2 cantik comel kan hehee..ni rumah mak..nnt mak rimas hahaa :p

    ReplyDelete
  9. sangat tersusun indah didapur a'a ;)
    nak buat macam ni juga :D

    ReplyDelete
  10. boleh tahu kertas u kertas a4 biasa or apa eh?

    ReplyDelete
  11. sis nak copy boleh hihi..teruja sebab dwi bahasa ada kat citu..tq sis
    suhaila320@gmail.com

    ReplyDelete
  12. huhu sayangnya...dwi bahasa tu jadi tertarik..ok sis tq

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.