Sekarang selera makin menjauh, nak makan apa pun tak tahu. Apatah lagi nak fikir nak masak apa. Runsing betul dibuatnya. Nak beli pun kadang tak tahu nak makan apa sebenarnya.
Malas banyak fikir, masak je lah sambal tumis sardin. Cepat siap dan sedap pula tu kan. Perut pun dah berirama keroncong dah ni.

Malas banyak fikir, masak je lah sambal tumis sardin. Cepat siap dan sedap pula tu kan. Perut pun dah berirama keroncong dah ni.

Masak sambal tumis sardin masak cara Fiza
Tumis hirisan bawang besar (1 biji) dengan bahan tumbuk (cili api, bawang putih, bawang merah kecil dan garam bukit kasar sikit).
Tumiskan sampai garing sikit barulah masukkan sardin, tambah asam keping dan air sikit. Biarkan kuah kering sikit sikit dan angkat. Siap dihidangkan.
Mudah sangat masak sambal tumis sardin ni. Kalau nak lagi cepat masak, hiriskan je semua bahan tumis tu kalau malas tumbuk. Sedap juga.
Cuma saya lebih suka versi tumbuk dan hiris bawang besar tu. Lagi sedap ikut selera saya. Lepas tu tumbuk bahan dengan garam sekali. Lain orang, lain cara masakan dan ikut selera masing-masing lah kan.
Akhir-akhir ni suka pula masak guna garam bukit kasar tu. Pengaruh madam Musfirah isteri Bamroy tu. Kalau tengok dia masak, telan air liur dibuatnya. Selama ni guna garam bukit halus tu je. Sekarang guna garam bukit kasar.
Untuk jenis lauk berkuah sesuai lah. Kalau jenis tumis tu better tumbuk dengan garam sekali, risau nanti tergigit garam kasar pula sebab lambat larut. Tapi garam kasar ni taklah semasin garam biasa tu pada pendapat saya lah.
Saya beli ni ikan mackerel, isi dia lebih keras sikit daripada ikan sardine. Kalau diberi pilihan, saya suka ikan sardine. Tapi haritu tak ada pula ikan sardine saiz tin yang kami selalu beli tu. Ada saiz kecil je. Nak tak nak, beli je ikan mackerel ni asalkan ada stok di rumah.
14 Comments
Sambal tumis sardin memang penyelamat bila tak tahu nak masak apa 😆 Versi tumbuk cili api ni mesti lebih kick. Saya pun team sardin berbanding mackerel!
ReplyDeleteBetul, lauk penyelamat kalau nak cepat masak tu kan. Versi tumbuk memang lagi sedap. Samalah kita geng ikan sardin.
Deletesaya suka sardine! nmpk sedap tu
ReplyDeleteSardin lagi sedap dari mackerel kan.
DeleteSedap tengok sambal tumis sardin Fizah masak. Ini, cicah roti pun syedap! 😋
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap. Buat cicah lempeng atau buat inti sandwich pun sedap ni Kak Nur. kann..
DeleteHaha kita plak suka letak cili blender terus mcm nak masak sambal ... pastu baru letak kuah sardin haha 🤣🤣 pastu kadang suka goreng dl ikan sardin tu.. arwah nak suka letak asam jawa tp kita x suka 😜
ReplyDeletesaya pula kalau nak beli makanan yg tak tau nak beli ape, kalau nak masak mmg ade je idea nak masak ape,,,, tapi tu lah,, MALAS
ReplyDeleteSambal tumis sardin kalau kita masak tengah mode diet. Kelaut dietnya sebab nonstop tambah nanti
ReplyDeleteSamaaa, saya juga lebih suka sardin dari makarel. Kemarin tuh personal shopper saya salah beli pula, yg dibeli makarel. Sudahlaaah, tetep saya makan juga
ReplyDeleteMenu sambal sardin ini saya buat kalau suami tak ada di rumah. Sebab dia tak suka 😄
Esok nak buat roti sardin. Tau tau sampai sini tengok resepi sambal sardin. Hehe
ReplyDeletemenu sardin ni kena ada telur dadar memang sedap sangat dah tak perlu lauk lain dah.
ReplyDeleteAkk pun sekarang banyak guna garam kasar utk masakan berkuah. Pengaruh Madam juga :D
ReplyDeleteSardin & makerel, akk pilih sardin sbb isi dia lembut. Makerel ni kenyal sikit kan... tapi kalau takde sardin, makan aje haha
sedapnya sambal sardin tu, pedas2 sikit
ReplyDelete