Documentary MH370 : The Plane That Disappeared

Documentary MH370 : The Plane That Disappeared 3 episod akan ditayangkan di platform Netflix pada 8 Mac 2023 bermula dengan detik tragedi pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014.

Documentary MH370 : The Plane That Disappeared, sebuah dokumentari khas tentang Misteri Kehilangan MH370 ditayangkan bersempena mengingati tahun ke 9 misteri kehilangannya sejak 8 Mac 2014.

Documentary MH370 The Plane That Disappeared

DOKUMENTARI MH370 : THE PLANE THE DISAPPEARED

Jumlah episod : 3
Mula ditayangkan : 8 Mac 2023
Platform penstriman : Netflix

KRONOLOGI KEHILANGAN PESAWAT MH370

Awal pagi 8 Mac 2014 mencatat sejarah duka buat rakyat Malaysia apabila pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dalam perjalanan ke Beijing, China terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara.

Misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, terdiri 38 rakyat Malaysia dan 153 (China) menjadi perhatian seluruh dunia berikutan kegagalan menjejakinya, selain gerakan mencari dan menyelamat secara besar-besaran membabitkan pelbagai negara dilakukan.

Menghampiri sembilan tahun, misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai hingga hari ini, biarpun pelbagai teori mengenai kejadian awal pagi 8 Mac itu timbul, namun masih belum terbukti.

Sehingga kini, MH370 terus menjadi misteri kehilangan terbesar dengan mencatatkan kos operasi carian paling tinggi dalam sejarah.

Selain itu, pelbagai dokumentari diterbitkan dan terbaharu, dokumentari MH370 : The Plane That Disappeared sebanyak tiga episod akan ditayangkan di platform Netflix pada detik tragedi pesawat itu hilang dari radar pada 8 Mac depan.

Dokumentari MH370 : The Plane That Disappeared bakal membawa komuniti global termasuk ahli keluarga, saintis dan wartawan penyiasatan yang masih terus mencari jawapan atas kehilangan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi pada Sabtu dan dijadualkan tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi.

Bagaimanapun, pengawal trafik udara terputus hubungan pada jam 1.30 pagi ketika pesawat dijejaki radar menyeberangi Laut China Selatan dan berada di selatan semenanjung Ca Mau, Vietnam. Ia adalah laluan biasa dengan memasuki ruang udara Kemboja dan Vietnam, sebelum masuk ke ruang udara China.

SINOPSIS DOKUMENTARI MH370 : THE PLANE THE DISAPPEARED

EPISOD 1
Membawa paparan beberapa hari dan jam sebelum kehilangan pesawat MH370, termasuk timbul teori konspirasi dan tuduhan tidak berasas.

EPISOD 2

Menampilkan beberapa pakar yang akan membincangkan mengenai pesawat MH17 yang ditembak peluru berpandu Rusia sebelum terhempas.

Tragedi menyayat hati itu sekali lagi menyebabkan Malaysia menjadi perhatian dunia, selepas empat bulan selepas kehilangan MH370. Tragedi itu mengorbankan 298 nyawa insan yang tidak berdosa.

EPISOD 3
Memaparkan penemuan serpihan besar dipercayai milik MH370 yang hanyut di lautan di Timur Afrika.

Seperti dilaporkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pakar lain, serpihan sayap pesawat disahkan milik MH370, namun sesetengah wartawan dan ahli keluarga mangsa masih skeptikal dengan penemuan berkenaan.

Antara tetamu diundang dalam dokumentari itu termasuklah wartawan sains dan penulis The Plane That Wasn't There: Why We Haven Found MH370, Jeff Wise dan wartawan, Florence de Changy.

MH370 : The Plane That Dissapeared arahan Luise Malkinson yang pernah menerbit siri dokumentari jenayah seperti Catching a Predator pada 2021.
Keluarga mahu masyarakat terus bercakap mengenai hal ini (kehilangan pesawat). Mereka mahukan satu platform yang boleh mewakili mereka kerana menghampiri sembilan tahun tragedi ini berlaku, namun tiada apa-apa penemuan. —Malkinson

6 comments:

  1. Dah 9 tahun tragedi tapi rasa masih segar situasi cemas negara semasa kejadian tu. Tiada siapa yang dapat merungkai misterinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa macam baru je lagi terjadi kan. Misteri yang masih belum terjawab.

      Delete
  2. tengok dah documentari ni.... sedih ada,,, misteri sampai skrg kan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga mangsa apatah lagi sedihnya kan KakRet. Bilalah misteri ni akan terjawab.

      Delete
  3. Saya masih ragu mau nonton dokumentasi ini kak, Krn saya yakin jawabannya pun belum ada. Dulu awal2 sempat mengikuti beritanya, dan rasa tak percaya dengan segala tuduhan ke pilot. Konspirasinya pun makin lama makin melebar yaaa. Jadi saya rasa tak tega untuk nonton dokumentary nya juga :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Misteri yang masih belum terungkai. Bermacam-macam spekulasi yang timbul lepas satu satu. Harapan dan doa kita semoga misteri ini bakal terbongkar jua dengan izin Allah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.