Semakan Keputusan STPM 2021 Secara Online Atau SMS

Semakan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 akan dikeluarkan pada hari Khamis 18 Ogos 2022 seperti yang telah dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Calon sekolah boleh mengambil slip keputusan peperiksaan STPM 2021 di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari pada tarikh keputusan STPM 2021 dikeluarkan, 18 Ogos 2022.

Calon sekolah dan calon persendirian boleh buat semakan keputusan STPM 2021 secara online atau SMS pada tarikh yang sama.

Semakan Keputusan STPM 2021
sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia

Cara Semak Keputusan STPM 2021

1. Secara dalam talian (Online)

Semua calon STPM 2021 boleh buat semakan secara online pada tarikh keputusan STPM 2021 dikeluarkan pada 18 Ogos 2022 mulai jam 12.00 tengah hari.

Calon STPM boleh dapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan portal MPM iaitu : https://stpm.mpm.edu.my/stpmK

2. Perkhidmatan SMS

Calon juga boleh buat semakan menggunakan perkhidmatan secara sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan ringkasan keputusan STPM 2021 bermula 11.00 pagi pada 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2022 (Ahad) dengan cara berikut :

STPM<jarak>NoK/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila emel ke stpm@mpm.edu.my atau boleh rujuk facebook rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia 


Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia adalah singkatan bagi STPM atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Dahulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). 

Kedua-dua LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia) dan MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) adalah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah Program Matrikulasi yang dianjurkan oleh KPM.

STPM diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.

Bermula pada tahun 2012 dan seterusnya, sistem modular baru akan menggantikan sistem terminal yang sedia ada untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selain itu, keputusan peperiksaan di bawah sistem penilaian baru STPM akan dipantau oleh wakil dari Cambridge Examination Syndicate untuk mengekalkan kualiti dan piawaian.

Tingkatan enam

Walaupun pendidikan sekolah menengah kebangsaan terdiri daripada 5 tingkatan, "Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pendidikan memilih Sekolah Menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6 sehingga tahun 2015 di mana terdapat tiga mod iaitu Mod 1 (Kolej Tingkatan Enam), Mod 2 dan 3 (Pusat Tingkatan Enam di Sekolah Menengah)

Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah (tiga semester)

Pelajar Tingkatan 6 di Mod 2 dan 3 pada kebiasaannya sama dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform sekolah manakala pelajar di Mod 1 berpakaian formal dan dapat membawa gajet (atas peraturan pengetua kolej) seperti pelajar di kolej swasta.

Seterusnya, mereka diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Persekolahan_Malaysia

4 comments:

  1. Calon-calon STPM mesti tak sabar nak tahu result masing-masing! Apa pun keputusannya, masing-masing sudah berusaha untuk menjawab yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain tak sabar nak tengok result, mesti berdebar debar rasa. Betul tu Kak Amie. Terima keputusan seadanya.

      Delete
  2. Replies
    1. Semestinya wak. Semoga berhasil dengan cemerlang setara dengan usaha mereka.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.