Lirik Lagu Isteri - Alif Satar & The Locos

Alif Satar & The Locos (ASTL), band yang popular diterajui oleh Alif Satar & The Locos (ASTL) yang dianggotai oleh Tam Cobain (pemain gitar), Efry Arwis (pemain bass), Rajwan Juni (pemain dram) dan Faliq Auri (pemain saksofon) kini muncul dengan single ketiga berjudul Isteri.

lirik lagu isteri alif satar and the locos

Isteri, single ketiga (single LelakiXSempurna) merupakan lagu baru Alif Satar & The Locos (ASTL) yang lagunya lebih romantis ditujukan istimewa buat wanita bergelar Isteri. Lagu Isteri direncanakan oleh ASTL tetapi masih belum dilancarkan secara rasminya. Tapi dah tular di aplikasi TikTok dengan jumlah tontonan melebihi 1 juta katanya.

Lagu Isteri adalah hasil nukilan komposer terkenal, Iqie Hugh, bersama-sama Alif sendiri dengan Tam dan Efry terbitan syarikat rakaman Warner Music Malaysia. Single LelakiXSempurna dirakam dalam dua versi dan turut menampilkan penyanyi indie berbakat, Diandra Arjunaidi.

Penceritaan di sebalik Isteri sangat 'straightforward' yang merupakan apresiasi terindah buat seorang isteri. Bait-bait liriknya menunjukkan penghargaan seorang suami buat sang isteri.

Sebuah lagu single pop dalam genre balada kedengaran moden melalui elemen kugiran yang dibawakan ASTL dengan susunan melodi yang tidak berat dan punyai unsur melankolik yang 'easy-listening' membuai perasaan sesiapa yang mendengarnya. 

sumber : hmetro.com.my

Lagu : Isteri
Penyanyi : Alif Satar & The Locos
Komposer : Iqie Hugh
Penulis Lirik : Alif Satar, Tam Cobain, Efry Arwis 
Producer : Tam Cobain, Efry Arwis 

Lirik Lagu Isteri - Alif Satar & The Locos

Verse : 
Tenangnya di jiwa 
Merenung ke dalam 
Mata mu

Indah tak terkata
Menghabiskan masa ku
Dengan mu 

Chorus : 
Engkau 
Tanda teristimewa 
Hadir bagaikan mimpi 
Terabadi 

Engkau 
Tanpa tidak sengaja 
Hati ku di miliki 
Bidadari 

Kau lah isteri 
Ku selalu rindu 

Bridge : 
Rinduuu...tiada penghujung 
Kerna engkaulah isteri 
Kau melengkapi kisah hidup ini 
Hingga disana


2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.