10 Tips Untuk Ke Dataran Merdeka Menyaksikan Perarakan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2022 Dan Senarai Jalan Yang Ditutup

Pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2022, dijangka 50,000 orang akan membanjiri Dataran Merdeka untuk menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan ke-65. Dah pasti ramai yang teruja untuk menyaksikan sambutan Merdeka 2022 kali ke 65 selepas 2 tahun tidak ada acara besar-besaran semasa pancemik COVID-19.

Tema merdeka 2022 : Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Sempena Hari Kemerdekaan ke-65 juga, kelainan acara sambutan kali ini ialah persembahan Orkestra RTM yang dianggotai 65 pemain muzik bagi mengiringi acara persembahan pada hari berkenaan. 

Loka Made Galleryhari kebangsaan 2022 ke 65 Kuala Lumpur
sumber : Loka Made Gallery

Pelbagai acara menarik telah diatur bagi menyemarakkan sambutan tahun ini termasuk keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta kuda diraja dari Menara DBKL ke Dataran Merdeka.

Untuk menjayakan perarakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2022 iaitu esok, 18 jalan utama di sekitar pusat bandaraya akan ditutup mulai pukul 6:00 pagi hingga 12:00 tengah hari pada 26 hingga 29 Ogos dan 31 Ogos 2022.

Dua jalan akan ditutup sepenuhnya pada 26 Ogos ini bagi memberikan laluan raptai skeleton dilakukan iaitu :
  1. Jalan Sultan Hishamuddin ke Dataran Merdeka
  2. Jalan Raja (Dataran Merdeka)

Lebih banyak jalan akan ditutup pada 27 hingga 29 Ogos bagi menjayakan raptai penuh perarakan Hari Kebangsaan 2022. Tiada penutupan jalan dilaksanakan pada 30 Ogos 2022. Penutupan jalan akan disambung pada 31 Ogos dan banyak laluan utama di sekitar Dataran Merdeka yang akan terlibat.

Senarai jalan yang ditutup sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2022 :


27 hingga 29 Ogos 2022
  • Jalan Raja (Dataran Merdeka).
  • Jalan Travers ke Dataran Merdeka dan semua kenderaan dari arah Jalan Bangsar akan dilencongkan ke Jalan Damansara menghala arah Parlimen.
  • Susur ke Jalan Travers dari Jalan Damansara (dari arah Lebuhraya Seremban, belakang Muzium Negara). Semua kenderan akan dilencongkan ke Jalan Parlimen.
  • Jalan Damansara iaitu susur Jalan Travers (ke arah Dataran Merdeka).
  • Susur Jalan Damansara (ke arah Parlimen) di mana kenderaan dari arah Parlimen akan dilencongkan ke arah Bangsar.
  • Jalan Lembah (Masjid Negara) dan Jalan Tugu (Klinik Tangling) menghala ke Bulatan Hishamuddin dan kenderaan dari Jalan Parlimen menghala ke Jalan Tangling akan dilencongkan ke Jalan Cenderawasih (Masjid Bukit Aman) dan menghala semula ke Jalan Parlimen.
  • Susur ke Bulatan Hishamuddin di Jalan Kinabalu dari arah Selayang menghala ke Cheras dan kenderaan akan dihalakan terus ke Jalan Loke Yew (arah Cheras).
  • Susur ke Jalan Sultan Hishamuddin (menghala ke Dataran Merdeka) di Jalan Kinabalu dari arah Cheras menghala ke Selayang dan semua kenderaan dihalakan ke arah Selayang.

31 Ogos 2022

  • Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka dan semua kenderaan dari arah Bangsar akan dilencongkan ke arah Jalan Damansara menghala ke Parlimen.
  • Susur ke Jalan Travers di Jalan Damansara dari arah Lebuhraya Seremban (belakang Muzium Negara) dan semua kenderaan dari arah Lebuhraya Seremban dilencongkan terus ke arah Parlimen.
  • Susur Jalan Damansara (ke arah Parlimen) di mana kenderaan dari arah Parlimen akan dilencongkan ke arah Bangsar.
  • Jalan Lembah (Masjid Negara) dan Jalan Tugu (Klinik Tangling) menghala ke Bulatan Hishamuddin dan kenderaan dari Jalan Parlimen menghala ke Jalan Tangling akan dilencongkan ke Jalan Cenderawasih (Masjid Bukit Aman) dan menghala semula ke Jalan Parlimen.
  • Susur ke Bulatan Dato Onn menghala ke Bank Rakyat di Jalan kinabalu dari arah Cheras hala ke Selayang. Semua kenderaan akan dihalakan ke arah Selayang
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi (Sogo) sehingga ke Dataran Merdeka.
  • Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka. Kenderaan akan dilencongkan ke arah Jalan Dang Wangi.
  • Jalan Murshi Abdullah (Jakel) ke arah Jalan Dang Wangi, dan kenderaan dilencongkan ke Jalan Ampang (Air Terjun Bukit Nanas)
  • Jalan Dang Wangi (hadapan stesen minyak Petron) dan kenderaan dari arah Jalan Bunus 6 akan dilencongkan ke Jalan Ampang (Air Terjun Bukit Nanas).
  • Jalan Bonus 6 ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (Semua House).

Kepada pengunjung yang mahu menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka disaran menggunakan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan dan datang seawal yang boleh bagi mengelakkan kesesakan.

Rapid KL telah mengumumkan perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel akan memulakan operasinya bermula pukul 4.30 pagi pada 31 Ogos 2022 bagi memberikan peluang kepada warga kota menyaksikan perarakan di Dataran Merdeka.

Yang menaiki kenderaan awam menggunakan tren, boleh ikut tips dibawah.

10 Tips Datang Ke Dataran Merdeka Menyaksikan Perarakan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2022

  1. Seeloknya naik tren untuk datang ke Dataran Merdeka. Datang awal kalau taknak bersesak. LRT start beroperasi pukul 4.30 pagi. Turun di stesen LRT Bandaraya (SOGO) atau di stesen LRT Masjid Jamek
  2. Datang awal pagi kalau boleh lepas subuh, pukul 6 pagi dah sampai sana. Solatlah dekat masjid berdekatan. 
  3. Kalau naik bas, elok turun dekat mana-mana stesen tren dan naik tren untuk sampai ke Dataran.
  4. Kalau naik kereta, elok parking dekat stesen berdekatan dengan korang dan naik teen untuk ke Dataran Merdeka, kalau tak korang akan tersekat dalam jem sebab banyak jalan tutup pada hari perarakan.
  5. Best view nak layan perarakan selain dekat tengah Dataran Merdeka, kalau korang taknak bersesak ialah dekat area LRT Bandaraya belakang SOGO sebab kawasan situ redup
  6. Pastikan pakai kasut yang selesa sebab akan banyak berjalan kaki. 
  7. Bawa payung dan baju hujan, kipas tangan atau kipas elektrik. Beli je dekat Mr DIY. Cuaca tak menentu sekarang ni. Elok siap sedia.
  8. Ibu bapa yang bawa anak, elakkanlah duduk di tengah-tengah dataran dan kumpulan orang ramai. Sesak. Sekiranya anak meragam, susah nak bergerak nak pergi tandas dan sebagainya 
  9. Jangan bawa stroller, space kecil, susah nak bergerak nanti
  10. Jangan lupa bawa bendera untuk dikibarkan esok. Jom ramai-ramai memeriahkan suasana tengok dekat Dataran Merdeka. Jumpa di sana!
Jika mahu membawa kenderaan sendiri, tempat letak kereta adalah terhad. Kenderaan persendirian boleh diletakkan di sekitar Masjid India dan kawasan parkir awam di Jalan Murshi Abdullah, hadapan IPD Dang Wangi, sekitar Jalan Sultan Salahuddin dan parkir bertingkat di hadapan Bukit Aman.

Pastikan kenderaan tidak diparkir di kawasan larangan dan kawasan yang boleh mengganggu lalu lintas, selain mematuhi arahan polis trafik yang bertugas.

Untuk kenderaan e-hailing pula, dinasihatkan menurunkan penumpang di sekitar kawasan Masjid India dan Jalan Parlimen.

2 comments:

  1. Ramai jugak bawak stroller tadi. Adeh dahla nak berjalan pun susah. Sabar jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain macam vibes Merdeka tahun ni kan. Meriah betul. Tengok kat TV pun memang sesak dengan ribuan orang yang datang. Sabar je lah kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.