Kek Buah Durian

Wednesday, August 17, 2016



Sekarang dah musim buah-buahan tempatan kan? Musim buah durian dah sah-sah memang sentiasa meriah. Penggemar durian haruslah tak lepaskan peluang menikmati durian yang bermacam nama dan gred. Tak tahu sangat hal buah durian ni sebab Fiza sendiri tak makan durian. Rugi? Takde rugi pun malah untunglah orang lain boleh makan lebih.

Bagi korang yang penggemar durian tu, kalau nak buat kek birthday boleh gunakan idea ni buat kek buah durian. Nampak unik dan sangat real je rupanya kan. Kreatif siapa yang buat kek bentuk buah durian ni. Rasa sayang pula nak potong.

Kredit foto : FB Chempedak Cheese

Tona warna pun sangat mengancam menjadikan kek ni betul-betul nampak buah durian yang sebenar. Agak-agak berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan sebiji kek buah durian ni? Orang yang bersabar je boleh buat hasil seni yang cantik macam ni. Setuju?
Kredit foto : FB Chempedak Cheese

Rupa kek setelah dipotong. Tak pasti la flavour apa tu. Lagi awesome kalau flavour tu flavour durian juga. Kalau bukan peminat durian macam Fiza bolehlah buat kek bentuk buah durian tapi kek dalam tu boleh buat flavour lain. Pun boleh.
Kredit foto : FB Cempedak Cheese

6 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.