Sandwich Chicken Mushroom

Thursday, August 04, 2016

Lama tak up entry resepi masak memasak dalam blog. Jadi, dengan berbekalkan kerajinan sikit dapatlah buat entry resepi sandwich chicken mushroom. Nama resepi main hentam je. Boleh juga kalau nak panggil sandwich carbonara sebab cara masak sama je macam sos spaghetti carbonara tu. Cuma bezanya di aplikasikan dalam pembuatan sandwich je.

Sebenarnya resepi ni Fiza guna dan olahkan dari resepi popia chicken mushroom yang dikongsikan di facebook. Tak ingat pulak siapa yang kongsikan resepi tu. Untuk resepi popia chicken mushroom tu Fiza dah cuba dah. Memang sedap! Dah jadi favourite husband dah tu. Tapi kalau selalu makan pun tak bagus juga. Ye lah kan, popia bergoreng ni agak berminyak dan agak leceh nak balut dan goreng tu. Jadi, Fiza gunakan inti tu untuk sandwich je. Tak perlu nak goreng bagai dan lebih cepat untuk di makan.

Sedap ke tidak? Tentulah sedap kalau korang penggemar carbonara.

Bahan-bahan
Bawang putih, bawang holland, Daging burger, sosej, cendawan butang, carrot, sos carbonara, mushroom sup, black pepper, Butter

Cara masak
1. Panaskan 2 sudu butter, kemudian tumiskan bawang holland dan bawang putih di potong dadu dan juga black pepper.

2. Bila bahan tumis dah naik bau, masukkan daging burger yang telah di hancurkan. Boleh juga guna daging ayam kisar.

3. Kemudian masukkan Sosej yang telah dipotong kecil. Kacau semua bahan-bahan sehingga sebati.

4. Biarkan bahan tadi masak seketika, kemudian masukkan cendawan butang di potong kecil

5. Masukkan Sos prego Fiza guna setengah je. Kemudian gaul semua bahan-bahan.

6. Last sekali masukkan 1 pack mushroom soup. Terpulang sama ada nak tambah air atau tak. Kalau tambah air, tambah sikit je takut nanti cair sangat. Bila buat sandwich nanti roti cepat serap air. Garam pun tak perlu letak sebab sos prego dan mushroom sup pun dah cukup rasa kan.

Inti dah siap, sejukkan seketika. Jangan dilupakan carrot yang di sagat halus ni. Boleh je nak masakkan sekali tadi tapi Fiza suka carrot yang fresh. Bila nak letak inti kat roti nanti baru letak carrot ni.


Macam ni. Baru rangup makan sandwich nanti.

Sandwich yang dah siap! Buat untuk breakfast ke, lunch ke, minum petang ke, makan malam pun boleh. Ni nak buat inti untuk karipap ke pastry ke pun idea yang menarik juga kan.





6 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.