Header Ads

Latest Update
recent

3-year-Old Wedding Anniversary

Genap 3 tahun melengkapi antara sama lain dalam istilah suami isteri. Alhamdulillah..syukur pada Allah memanjangkan jodoh kami berdua dalam menempuh dugaan dalam perkahwinan. Bagi yang mempersoalkan tentang anak, kami hanya manusia yang mampu bersabar menanti kehadirannya. Sesungguhnya Allah telah merancang yang terbaik buat kami. Allah tidak akan beri apa yang manusia mahukan tetapi Allah berikan apa yang manusia perlukan. Mungkin masanya belum tiba lagi. Tapi kami menanti dengan sabar, usaha, doa dan tawakal. Doakan yang terbaik buat kami.

Sobs sobs sobs..sedih pulak kan. Tidak tidak tidak...Kena positif! Kalau negatif, hari-hari mahu meroyan kat facebook update status. But I'm not like that. Percaya pada perancangan Allah. Orang yang bersabar selalu akan dapat yang terbaik. Betul tak? So, soalan cepu emas perak gangsa tu dah imun dengan diri Fiza. Orang tanya, diam dan senyum je. Okay!


Untuk anniversary ke-3 ni tetap ada keistimewaan juga walaupun tak kemana. Cukup sekadar 3 potong kek ni je untuk 3 tahun. Nak merancang sesuatu macam tak jadi je. Jadinya, sekadar apa yang ada je. 

9 comments:

  1. happy aniversary fiza dan suami!!!
    akk pon thn ni tahun ke 3 jgk..

    sabarla.. insyaAllah nt rezeki ank tu ade.. skrg ni kite enjoy je idop berdua ngn suami..
    =')

    ReplyDelete
  2. happy anvsry sis..sama la kita bln Ogos jgk..4 hari lepas genap 10 thn.. masih lg berdua...byk kisah dan cerita suka duka..semoga sama2 teguh menempuh dugaan ni... semoga diberikan rezeki utk kita semua..amin..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah & Tahniah ... Semoga berbahagia sampai bila2 ... Till jannah ...

    ReplyDelete
  4. hepi anniversary...

    Insyaallah akan ada rezeki yg satu tu....aamiin

    ReplyDelete
  5. Tak pe..rezeki ni bukan anak je..Dia datang dalam bentuk lain juga..:)

    ReplyDelete
  6. happy anniversary untuk fiza dan huband...moga kekal hingga kejannah..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.