Resepi Pengat Pisang Bersagu Cha Cha

Monday, March 03, 2014

Kepenatan semalam tak hilang lagi. Kene topup rehat dulu barulah boleh berblog. Petang ni sempat buat Pengat Pisang Bersagu Cha Cha. Kemain lagi namanya kan.Yelah selalunya pengat pisang bersagu je kali ni tambah cha cha pulak. Semalam mak ada bagi pisang dari kampung. Sayang pulak kalau tak di masak ape². So buat pengat je la untuk minum petang ni. Lagipun senang je kan.


Bahan²
2-3 biji Pisang
2 cawan santan pekat/sekotak santan kotak
1 cawan air
2 sudu besar sagu biji halus.[basuh dan tapiskan]
segenggam cha cha
4 sudu besar gula perang@gula biasa@Nak lagi sedap guna gula merah 1/2 cawan
1 helai daun pandan .[Cuci dan ikat simpul]
secubit garam

Cara²
1. Masak gula bersama air hingga larut. Ketepikan dahulu.
2. Pisang dipotong serong dalam sederhana besar.
3. Masak santan,tambah garam dan daun pandan. Kacau² dan masukkan biji² sagu dan cha cha yang dicuci . Kacau sentiasa sehingga biji sagu nampak agak jernih sedikit.
4. Masukkan pisang yang dipotong.[pastikan kacau sentiasa untuk elakkan berketul²]. 
5.Masukkan air gula dalam periuk dan biarkan sehingga masak.

Ok siap untuk dihidang.mudah sangat.Jangan kata tak pandai masak.Yang penting kena rajin dan mencuba.Kalau tak menjadi,pratice make perfect kan.Selamat mencuba!

13 comments

  1. Assalamualaikum awak. wahh sodapnya. lama tak buat pengat. hehee tengah tgu pisang berbuah kat belakang rumah. hehee nice resepi fiza

    ReplyDelete
  2. salam...petang2 jebu nie dpt pengat lupa seketika segala masaalah ...kih kih kih

    ReplyDelete
  3. fiza membuat akak terliur di petang hari...

    ReplyDelete
  4. sedapnya..antara makanan kegemaran akak ni.kek pisang..heheh

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam singgah malam dik Fizah...sedapnya tengok sagu cha cha dia timbul2 kat permukaan bubur tu..dengan cuaca panas macam sekarang ni memang sedap makan bubur..

    ReplyDelete
  6. feveret nih bubur cha cha nih !
    cuma kalo ana buat tak boh pisang.
    sbb kurang suke pisang hehe

    ReplyDelete
  7. lama tak makan bubur cacar + pisang.. skrg dah craving.. mana nak cari niiii?? hehehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.