Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask

Friday, March 28, 2014

Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask | Shiseido Black Mask agak popular di kalangan kaum perempuan yang suka pakai masker untuk tambahkan lagi kecantikan kulit muka. Dikenali juga sebagai mask lumpur. 

Kelebihan Shiseido Mask

Memakai mask merupakan salah satu cara paling mudah dan murah untuk membuang bintik² hitam [black head] dan juga bintik² putih [white head] pada muka. Selain membersihkan muka serta menanggalkan sel² kulit mati, boleh juga mengecilkan pori² dan juga mencerahkan kulit muka. Boleh juga membantu menghalus, melembut dan mengtasi masalah kulit tona tidak sekata, kesan terbakar [sunburn] dan boleh menyerap lebihan minyak dengan berkesan.

Jangan risau, Shiseido Mask sesuai untuk semua jenis kulit tapi elakkan disapu pada jerawat jika kulit sensitif untuk elakkan kesan luka masa menanggalkan mask. Shiseido mask mengandungi antioksidan dari lumpur, arang, kolagen serta sumber mineral bagi mengurangi tanda² penuaan seperti kedutan halus, menganjalkan kulit, melembap dan kulit lebih tegang.Banyak jugak tu kan kelebihan Shiseido Mask.

Pakai Mask bukannya boleh pakai hari² macam guna pencuci muka tu. Sekurang²nya dua kali seminggu dan Fiza akan kongsikan cara terbaik pakai mask. Shiseido Mask ada 3 jenis yang Fiza tahu iaitu black, white dan gold. Setiap satu ade fungsi tersendiri. Antara 3 jenis  tu Fiza suka pakai yang hitam.

Suka pakai yang hitam sebab senang nampak white head bila tanggalkan mask bila kering. Hasilnya selepas cabut boleh nampak whitehead melekat di mask yang telah kering. Gambar bawah ni hasil dari carian google. Nak upload gambar sendiri kurang nampak pulak hasilnya secara dekat. Cuma gambar atas dalam bulatan tu terlebih glowing cahaya tu nampak cerah sikit. Tapi yang pastinya nak cakap memang cerah sikit lah dari warna kulit asal. Bila whitehead dah keluar, kuranglah bintik² di muka kan. 
hasil shiseido mask
Sumber dari carian google
Bila nak tanggalkan tu memang sakit sebab mask ni jenis melekat kuat sebab tu semua pun nak tertanggalkan. Lepas pakai rasa muka macam fresh sangat dan fluffy gitu. Okay, nak rasa lagi best, boleh ikut cara terbaik pakai mask.

Cara terbaik pakai mask

1. Cuci muka dengan pencuci muka.
2. Steam/wapkan muka dengan air panas supaya pori² terbuka kurang lebih kurang dalam 5minit.[optional tapi lebih baik buat]
3. Sapukan masker pada muka, Elakkan dari terkena kening,bibir dan bahagian anak rambut dan pastikan sapuan rata.
4. Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga betul² kering.
5. Tanggalkan masker perlahan² dari bawah ke arah atas.
6. Cuci muka dengan air sejuk supaya pori² tutup semula dengan sempurna.Fiza suka guna ice cube je,Sejuk lagi best!
7. Sapukan toner jika perlu.

Mudahkan? Walau agak leceh tapi hasilnya sangat bagus! Pastikan jangan dekat² dengan rerambut kalau tak nanti nak tanggalkan memang sakit okay. Husband pun dah terjebak suka pakai masker dah.
Lagi bertambah berseri² [puji diri sendiri pulak] bila dah consume Ephyra serlahkan kecantikan sebenar tu. Ada yang nak mencuba Epyhra dengan  harga lebih murah dari biasa? Contact je Fiza ye. Special price untuk pembaca blog Fiza okay! Testimoni Ephyra [KLIK SINI]

Psstt..ada terbaca pasal Shiseido tiruan ni, betul ke info ni. Kalau original di tulis PERFECTION instead of perfeetion. Anyone?




19 comments

  1. assalamualaikum fizah...terbaik la...:)

    ReplyDelete
  2. kyaaaa qila beli dah mmg superb love it heee.
    cuma sekarang ada yg gold je ekeke

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    If belum join GA Nad dan Liniey, jemput join ea :) Ada 2 top refferal, jadi dinasihatkan join secepat mungkin utk berpeluang menang top refferal.

    Kalau dah join, teruskan promote GA menggunakan link entri penyertaan ea.

    Dan..

    90+ pemenang random dicari !

    http://www.linieynor.com/2014/03/sweet-giveaway-by-misz-nadea-liniey-nor_14.html

    Untuk melihat senarai sponsor beserta hadiah boleh klik link http://www.linieynor.com/2014/03/senarai-sponsor-dan-hadiah-sweet.html

    :)

    ReplyDelete
  4. bella pernah guna.. tapi kan. sakit giler mase nak tanggal kan mask tu. hahahaa

    ReplyDelete
  5. baru pakai semalam,tu pun mama maszull bagi..memang muka berseri seri lepas pakai...tapi nak tarik mask tu sakit...huhuh

    ReplyDelete
  6. tapi sue lebih suka mask charcoal dr daiso.. sbb mask daiso lg kuat tarik blackhead.. heeee =)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    bunda singgah hujung minggu..

    ReplyDelete
  8. takut gk muka fiza masa pakai mask tu.. mcm ninja hehehe
    tapi hasilnya mmg cantik flawless je muka Fiza dlm gmbr tu ;)

    ReplyDelete
  9. Sy guna setiap hari di awal penggunaan..slps muka dah glowing sikit2 sy guna selang 1 hari... n lpstu selang 2 hari smpai la skrg

    ReplyDelete
  10. yg ni tak pernah cuba selalu pakai yg kat daiso tu je

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, macam mana kalau untuk lelaki yang bermisai dan berjanggut.? Adakah misai dan janggut akan tercabut.?

    ReplyDelete
  12. kalau lps pakai masker ni,bleh cuci muka dgn pencuci muka x lepastu pakai krim malam pulak..boleh ke?

    ReplyDelete
  13. First time pakai. Bila nk tanggalkan tuh semacam kulit muka pun sekali nak tertanggal. Hasilnya kulit jd flawless. Try it for yourself.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.