Fesyen tudung terkini

Tuesday, March 04, 2014


Fesyen tudung terkini atau fesyen tudung kontemporari semakin menjadi buah mulut para gadis dan ikutan para hijabista. Apakah definisi sebenar fesyen tudung kontemporari dan mengapakah fesyen sebegini semakin diminati ramai? Jika anda lihat daripada segi penampilan, tidak dinafikan wanita bertudung kini semakin berani tampil bergaya dan kekal sopan dalam masa yang sama. Lihat sahaja selebriti-selebriti yang kini sudah berhijab seperti Mizz Nina, Natasha Hudson, Ayu Raudhah dan juga pereka fesyen antarabangsa seperti Hana Tajima yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu kerana tampil dengan fesyen tudung yang unik. 

Pelbagai jenis,warna,corak dan pattern tudung yang boleh digayakan mengikut fesyen tudung terkini. Zaman ini mempunyai pelbagai jenis fesyen tudung. Melalui teknologi tekstil yang makin maju dan jahitan yang semakin menarik, kini tudung menjadi salah satu tumpuan di dalam industry fesyen. Tambahan lagi rekaan tudung telah di inovasikan oleh pereka-pereka fesyen di Malaysia sekarang ni. Dengan bertambahnya idea,terlahir juga fesyen tudung terkini yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.
Selain itu, penggunaan fabrik seperti bawal,chiffon, lycra, satin, printed fabric, dan bermacam macam jenis lagi menjadikan rekaan tudung lebih menarik di gayakan. Lagi lagi bila di tambah dengan perincian dan accesories yang sophisticated dan glittering ia semakin menjadi pilihan hijabista kini. Ada yang sukakan manik,labuci,lace, pleated atau yang plain sahaja.

Rekaan terkini yang ada mudah digayakan kemana sahaja  dengan menggunakan kaedah mix and match tudung kini lebih flexible untuk pemakaian kasual, majlis formal, majlis keramaian, sukan dan juga ke tempat kerja. Malah dengan cara dan gaya ini secara tidak lansung sangat menjimatkan.

Berbalik kepada soalan yang diajukan sebelum ini, kebanyakan wanita yang bertudung mempunyai kehendak berfesyen seperti wanita-wanita yang lain. Oleh yang demikian, dengan lahirnya cara pemakaian tudung yang unik seperti ini, ia bukan sahaja memenuhi kehendak mereka untuk tampil bergaya tetapi juga kekal sopan. Teruja bukan? Tambah keterujaan anda dengan memiliki koleksi tudung yang terkini di laman web ZALORA – The Biggest Malaysia Online Shopping! (http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/tudungs/)

Untuk lilitan tudung yang unik dan menarik, pastikan anda memilih tudung yang mempunyai lebar yang cukup dan panjang yang sesuai. Ingat, sentiasa pilih warna tudung yang bersesuaian dengan pakaian anda agar tidak kelihatan terlalu sarat. Anda hanya perlu yakin dengan penampilan anda dan jadi lebih kreatif! 

Apa pun fesyen tudung terkini yang anda minati, pastikan ia bersuaian dengan bentuk muka anda. Inginkan lebih tips fesyen yang berguna? Layari laman web ZALORA untuk stail yang terhangat dan koleksi tudung yang menawan dengan tawaran harga yang menakjubkan! ZALORA menyediakan pelbagai tawaran eksklusif untuk anda dan segalanya boleh anda dapati melalui laman sosial ZALORA seperti di Facebook, Twitter, Instagram dan Zalora Google Plus

Apa tunggu lagi,jom serbu ZALORA!!! 

13 comments

  1. yang simple2 ok akak follow belit tapi yang merepek memang taklah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. wahh blog dah lain. comel dan segar. hehehee

    ReplyDelete
  3. Wah... macam da pesen tudung... da ketinggalan jugak ni... ape pun kne berani untuk menggayakannya

    ReplyDelete
  4. blog ni dh lain la, kdg tgk org pakai ok , bila kita pakai seniri mcm pelik pulak

    ReplyDelete
  5. pertama sekali, blog nampak makin cantik dan profesional. serius lawa.

    ok bab tudung, saya sekarang pun suka pakai wide shawl sekarang. nampak sikit ciri2 kewanitaan dan kematangan bagi saya. hehehe

    ReplyDelete
  6. mcm2 ada nk tgk bentuk muka juga yg sesuai... tgk org pakai santik...

    ReplyDelete
  7. eh, ingt salah masuk umah tadi...wahhh....cantek umah baru...laju jee loading...hehehehe...

    akak selesa pakai shawl ciffon jeee...xde la nak belit bagai turban laa, penin bos tgk kang...over sgt!..hahaha..

    ReplyDelete
  8. banyak2 tudung ada kat pasaran, eka tetap dengan pashmina yg selesa dan sesuai dgn bentuk muka.

    pakai bawal, kawan kata, lain je muka. ingat staff baru hihi

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.