Cara Melakukan Solat Dhuha dan kelebihan Solat Dhuha

Friday, February 28, 2014

Cara Melakukan Solat Dhuha dan kelebihan Solat Dhuha | Solat Dhuha dilakukan sebanyak 2 rakaat dan boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam Solat sunat Dhuha ini dilakukan pada ketika sedang naik matahari [anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi].


Salah satu kunci rezeki dan moga moga kita mendapat rezeki yang berkat.Solat Dhuha banyak fadhilatnya dari apa yang ada di langit dan bumi.Jom sama² kita amalkan.Ambil sedikit masa ringankan diri buat solat dhuha ni. Benda lain pun kita boleh menghadap lama berjam² kan. Menghadap Allah sekejap pun tak kan tak boleh. Lagi lama lagi bagus kan :)

Cara melakukan solat Dhuha:
1. Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
2. Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam [surah pendek pun boleh tapi baca Surah As-Syams lebih afdal]
Surah As-Syams
3. Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha [surah pendek pun boleh tapi baca Surah Ad-Dhua lebih afdal ]
Surah Ad-Dhuha 

4. Setelah selesai salam, lalu membaca doa

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan Solat Dhuha :
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” 

Amalkan secara konsisten.InshaAllah banyak ganjarannya.Jom..sempat lagi ni untuk Solat Dhuha :)

credit images:google

5 comments

  1. Terima kasih atas info nya ya...
    Banyak dpt ilmu dari entri ni.
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. salam jumaat..terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya solat dhuha boleh dilakukan setengah jam selepas waktu syuruk tapi lebih elok setengah hari sebelum masuk tengahari seperti yg Fiza katakan itu (lebih afdhal). Waktu berakhir sebelum masuk zuhor.

    Mudah saja pun kan.. terpulang pada diri sendiri nak tak nak aje.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.