Pan Tree Cookware Organizer terMURAH

Thursday, March 27, 2014


Pan Tree Cookware Organizer terMURAH | Susun atur perabot dan perhiasan rumah serta kekemasan perlu di ambil kira untuk jadikan rumah sebagai "home sweet home" bukan hanya tempat untuk berlindung. Dalam mementingkan kekemasan ruang tamu, landskap luar rumah, dalam bilik, bilik air,bahagian dapur juga jangan sesekali dilupakan. Bagi isteri yang rajin masak,atau suami yang rajin memasak apatah lagi seorang surirumah sangat²lah suka kalau tengok dapur dia bersih dan kemas tersusun. Pan Tree Cookware Organizer boleh selesaikanya!

Apa itu pan tree cookware organizer?

Pan tree cookware organizer direka seperti bentuk pokok untuk menyimpan kuali dan periuk dengan lebih tersusun dan menjimatkan ruang. Dibuat dari bahan plastik yang kukuh untuk menampung berat alat memasak dengan banyak. Ia mudah dipasang dan boleh dipindahkan di mana² tempat dengan mudah. Muat juga untuk diletakkan didalam kabinet. Bukan je nampak kemas dan tersusun tapi cantik juga.

Perlu ke beli?

Dengan adanya pan tree cookware organizer ni tak perlulah susah payah nak beli penyangkut ke nak drill dinding letak paku. Dinding pun terjaga cantik je kan tanpa lubang paku. Bukan jimat ruang je, jimat masa juga. Harga pulak murah je RM26 tambah postage RM8. Serius MURAH kan?

Dah jumpa harga murah macam ni gila tak nak beli? Ke ada lagi murah? Bungkusan pun boleh dikatakan dijamin sampai dengan selamat.


Boleh baca dalam gambar ni untuk lebih terperinci tentang pan tree cookware organizer

Memang sangat mudah dipasang! Siap pasang dalam hanya beberapa  minit. Dekat kotak ada cara untuk pasang 

Hasilnya awesome! Sedap mata memandang bila ke dapur tu kan. Sangat tersusun dan menarik. Suka sangat! Thanks hubby :)

pan tree cookware organizer murah
Mana nak beli? kalau nak beli boleh singgah kat link bawah ni. Service pun terbaik! Segala pertanyaan tentang pembelian boleh terus tanya pada owner Blog yang Fiza share ni ye. Fiza hanya share dan promote sahaja. Ada banyak lagi yang menarik seperti pop up spice rack, swivel store, can tamer dan macam² lagi ada. Singgah jangan tak singgah.

6 comments

  1. Bagus nih jimat ruang...nti nk terjah...thaaks fiza share psl nih

    ReplyDelete
  2. save space kalau adanya pantree mcm ni.. hebat zaman skrg ni mcm2 benda canggih ada jual

    ReplyDelete
  3. Sy beli rm15.60 je satu. Pos rm4.50. Murah kan. Hehe.. Tp sy susah nak pasang dia. Ketat nak masukkan. Huhuhu.. Tulunggg..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.