Perkongsian Ilmu Dalam Buku Denaihati.com



Perkongsian ilmu dalam buku Denaihati.com sangat memberi kesan kepada seorang blogger untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dari pelbagai segi bukan setakat ilmu blogging sahaja. Alhamdulillah dapat memiliki buku denaihati hasil daripada menyertai #SBB2014 di Saloma Bistro pada 8 March 2014 hari sabtu yang lepas. Pejam celik pejam celik seminggu sudah berlalu.

Kenangan tetap kenangan. Walaupun tiada rezeki memenangi apa² dalam contest anjuran denaihati mahupun cabutan bertuah. Takpe, masih ada rezeki. Rezeki itu kan luas Allah bagi. Dapat juga bawak pulang goodie bag dari denaihati bersama penaja yang lain dan juga bisness card dari Blogger². Nanti Fiza akan review untuk goodie bag tu ye. Untuk entry ni Fiza akan review sedikit sebanyak ilmu yang ada dalam buku denaihati untuk perkongsian bersama walaupun Fiza belum khatam habis lagi. Fiza buat rumusan mana yang Fiza rasa perlu dikongsi bersama untuk semua.

Jom berkenalan dulu dengan pengasas denaihati.com, Tuan Haji Mohd Ilham@Amir.

Hebat perjalanan hidup pengasas denaihati yang sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai inspirasi untuk kita berjaya macam Tuan Haji Amir jugak. Rupanya sekampung dengan Tuan Haji Amir, baru tahu selepas baca buku denaihati ni. Bangga jugak sekampung dengan orang yang telah berjaya ni. Lagi bersemangat nak ikut jejak.

Blog denaihati juga telah memenangi pelbagai anugerah.
Buku denaihati ni agak tebal, sebanyak 210 muka surat dan banyak gambar menarik yang dikongsikan. Fiza suka coverpage yang menarik macam novel pun ada. Isi yang yang mudah difahami dan diselitkan beberapa santapan minda untuk renungan kita bersama. Antara bahagian yang ada dalam buku denaihati ni.

1. Gaya hidup Sihat bersama Yeo's
Yeo's pilihan semulajadi merupakan penaja utama  #SBB2014 dan Tahniah untuk Blogger hafizmohd.com atas kemenangan dalam Contest Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo's. Memang terbaiklah entry dia dan layak menang. Tahniah sekali lagi.

2. Hidup untuk memberi.
Denaihati sentiasa mengamalkan hidup untuk memberi dan dalam buku ni memang sangat memberi. Dalam bahagian ni ada beberapa topik yang menarik :
  • Sedekah kunci kejayaan dan keselamatan : Sedekah dan infaq bukan mesti ringgit² ratus² atau ribu², RM0.10 pun boleh janji ikhlas. Azam sedekah setiap hari melabur untuk bekalan akhirat. Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantinya dengan berlipat ganda.
  • Hidup untuk memberi : Orang alim ada berkata sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding merasa tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah. Hari ini manusia hilang kebahagiaan kerana sikap suka memberi semakin terhakis. Kita sering membina hidup dengan apa ang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan
  • Kerjaya, keluarga, harta dan politik memenjara manusia : Betapa kita sekarang sibuk dengan kerjaya, keluarga, harta dan politik sehingga tiada masa untuk kita melihat saudara kita yang lain samada di dalam negara atau di luar negara. Bersyukurlah kita dilahirkan di Malaysia negara penuh dengan rezeki dan dilahirkan dalam ISLAM tetapi jangan lupa kita memberi kasih sayang kita kepada saudara kita yang lain bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia yang terjangkau oleh kita.
  • Peluang membantu umat Islam Cambodia :  Dengan bantuan pejabat mufti, Cambodia Islamic Center dan koperasi Muslim Cambodia dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi umat islam di Cambodia.
  • Rezeki yang tidak disangka² : Jangan harapkan balasan kerana rezeki Allah maha luas balasannya samada kegembiraan, ketenangan, kebahagian, harta benda,kesihatan, anak yang soleh, kerjaya yang bagus dan macam² cara pulangan yang kita akan dapat. Biarkan Allah menentukan jangan difikirkan."Rezeki...ada di mana², datang tanpa di duga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal."
  • Bro Jejai Al fatihah damai mu di sana : Al Fatihah buat arwah  Azhar Bin Ramli ( Blogger Jejai) yang telah pergi meninggalkan kita menghadap ilahi pada 13 Februari 2013. Semoga damaimu disana.
3. Blogging.
Bahagian blogging ni memang agak menarik so kena fahami kalau betul² nak jadi seorang blogger yang berjaya.
  • Blogger bukan hanya menulis sahaja : Pemilik blog kena belajar cara membina blog secara teknikal dan non teknikal kena seimbang,tak boleh satu cara saja.Bukan sekadar menulis dan menulis serta fikir SEO sahaja. Blogger juga mesti mengenal blog sendiri dari sudut teknikal melalu Google webmaster, Google Analytics, SEO Tools dan berbagai tool yang lain.
  • Blog kenali pembaca : Salah satu kaedah untuk mengenali pembaca blog kita adalah di statistik summary Alexa ranking. Jadi banyak fungsi Alexa Ranking bukan sekadar mengetahui ranking blog kita diperingkat dunia dan Malaysia juga boleh membantu kita mengenali blog kita melalui keywords, jenis pembaca dan links yang sering singgah.Informasi begini dapat membantu kita menjadi blogger yang lebih professional walaupun hanya menulis blog untuk diri sendiri.
  • Misteri Dunia Blogging : Ramai juga blogger yang confuse teringin nak menjadi blogger yang berjaya tetapi tidak tahu mana nak mula, tidak tahu apa nak buat dan paling malang tak sabar untuk berjaya. untuk menjadi seorang blogger yang berjaya mesti rajin membaca. Kejayaan blogger bukan hanya index  dengan pendapatan atau beberapa kerap masuk media massa kerana blogger ada dunia tersendiri yang sangat luas potensinya kalau google dab facebook dijadikan contoh.
  • Blogger Jutawan bukan hanya khayalan :  Untuk menjadi seorang blogger jutawan bukan hanya khayalan yang perlu diubah adalah cara kita berfikir, yakin diri, usaha secara bijak, kreatif, jadi lain daripada yang lain, belajar daripada berjaya dan tawakkal kepada Allah. Tiada yang mustahil dalam dunia online kerana pasarannya terllau besar.
  • Ajarkan aku menulis blog : Menulis apa yang terlintas di hati, membetulkan semula susunan ayat dan baris kata yang sesuai,membetulkan ejaan,mengubahsuai kata kunci yang sesuai utnuk SEO, memilih kategori dan tag yang sesuai dengan penulisan,ememilih tajuk yang sesuai dan akhir sekali semak beberapa kali ejaan,susunan ayat dan hasil penulisan sebelum publish.
  • Cara membina jenama Blog Terkenal : Pemilihan nama dalam  membina jenama adalah sangat penting.Nama mesti pendek,mudah disebut dan unik serta mungkin misteri.
  • Blog terperangkap dalam dunia SEO : SEO bukan segala-galanya dalam sesebuah blog yang baik.Jangan terlalu risau dengan traifk blog dan pengiklan yang meletakkan berbagai syarat.Yang perlu kita fikirkan adalah pembaca setia yang membaca blog kita.
  • Pengurusan laman Blog :  Menyediakan back up laman sesawang dan juga menjaga keselamatan laman sesawang.Ambil langkah awal sebelum perkara yang tidak di ingini berlaku.
  • Jadi Penulis blog yang bagus : Kenal diri sendiri, belajar secara bijak, cari peluang, be creative, berani suarakan pendapat.
  • Kisah dan ragam blogger sekarang : untuk menjaid blogger yang berjaya kita kena berani berubah dan berhijrah mengikut perubahan masa. Kalau kita tak bijak menguruskan blog, blog tak mampu berkembang dan berada di takuk yang sama sahaja walaupun sudah bertahun.Tiada kejayaan tanpa usaha yang istiqamah dengan modal ilmu dan wang ringgit.
  • Harga sebenar iklan di blog : Faktor sebenar paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka dapat kuasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.

4. Kisah keluarga
  • Saat hati terasa jauh : Ramai juga suami isteri yang hidup berjauahn kerana mengejar keperluan dunia dan akhirat yang hanya dapat bertemu di hujung minggu. Sudah pasti pada saat tertentu hati isteri terasa jauh dengan orang yang disayangi. Lebih parah apabila suami isteri yang tinggal serumah tetapi terasa jauh kerana kesibukan dengan urusan dunia dan sibuk dengan buah hati gelap.Itulah rempah ratus kehidupan kekadangan hati ini diuji Allah dengan berbagai rasa untuk jadikan kita manusia yang lebih baik.
  • Poligami pengalaman peribadi : Berpoligami memang sunnah Nabi tetapi jodoh ketentuan Allah SWT.
  • Teguran ibu jadikan musuh hingga ke akhir hayat : Hargailah ibu dan bapa sementara mereka masih hidup dan doakanlah kesejahteraan jika mereka telah tiada.Marah ayah dan ibu setakat mana lah sangat jika dibandingkan dengan kesusahan mereka menjaga kita.
  • Marah ayah dan ibu setakat mana : Kepada anak² di luar sana yang masih merajuk dengan ayah dan ibu mohonlah ampun kepada mereka sebelum terlambat. Ibubapa yang hidup adalah jambatan ke syurga untuk anak jadi jangan jadi anak membakar jambatan walau segarang mana ibu bapa kerana yang rugi besar pastilah anak.
  • Suami isteri bukan untuk dimiliki : Jangan mengharap kebahagian berumah tangga tapi carilah kebahagiaan dengan mengamalkan amalan yang telag ditunjukkan oleh Allah. Hadapi setiap ujian berumah tangga dengan tulus dengan menjadi suami yang bertanggungjawab seperti telah digariskan oleh Al Quran dan menjadi isteri terbaik kepada suami.
  • Suami Bercinta kali kedua : Memang seronok bercinta kedua setelah berkahwin tetapi  sebelum masuk gelanggang minta nasihat dari mereka yang sudah ada pengalaman beristeri lebih dari satu kerana bila sudah masuk gelanggang masa tidak boleh diundur lagi dan kesannya akan dibawa hingga akhir hayat.
5. Kembara Dunia
Antara tempat yang telah dijejaki : Macau,Hong Kong,Eropah, New Zealand, beijing Kemboja, Doha, Qatar dan merata ceruk rantau dunia.kisah pengembaraan boleh di baca di travelog denaihati- denai.my

6 .Berani Gagal
Kita mesti berubah kalau nak terus bersaing dengan bangsa lain dan negara lain kalau tidak pasti kita akan gagal ketinggalan dan terus dan terus menyelahakan orang lain tanpa pernah bersalah pada diri sendiri dan keluarga.Buangkan perkataan "Engkau boleh" dan gantikan dengan perkataan "Aku Boleh" untuk kita mengubah budaya hidup.Gagal tak bermakna gagal selamanya kan.

7. Aktiviti
Tahniah denaihati yang telah memenangi pelbagai anugerah dan telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk blogger².Antaranya :

  • Blog denaihati telah memenangi Anugerah Social Media untuk tahun 2013 dalam ketegori Best of The Best Blog of The Year.
  • Most Creative Blog 2013 dalam Majlis Sosial Media Malaysia
  • Best Personal Blog  oleh blogrrr.my
  • Seminar Wordpress dan Sepetang BersamaBlogger
  • Seminar buat duit dengan blog penuh inspirasi. 
Kalau diikutkan banyak lagi perkongsian yang menarik untuk Fiza kongsikan bersama. Fiza kongsi point yang penting untuk rakan². Tak rugi memiliki dan membaca buku denaihati ni. Selain ilmu blogging ilmu kehidupan juga dapat dipelajari untuk membaikpulih mana yang kurang tu. 

Tahniah untuk blogger² TOP 7 best personal blog dalam ranking Alexa Malaysia.

Tahniah juga denaihati telah berjaya merealisasikan #SBB2014 dan menguruskan dengan baik. Dapat buku dapat jugak calendar exclusive tu.

Semoga apa yang Fiza kongsikan dalam buku denaihati ni dapat memberi manfaat juga pada blogger lain walau tak secara keseluruhannya masih lagi memberi itu penting. 

Ilmu adalah warisan Nabi manakala harta adalah warisan firaun. Ketika ilmu dibahagikan ia semakin bertambah, ketika harta dibahagikan ia akan berkurang. Manusia yang mempunyai banyak harta memiliki banyak musuh sedangkan manusia berilmu memiliki banyak teman.

Ilmu menjadikan seseorang bermurah hari kerana pandangannya yang luas dan ilmu tidak dapat dicuri seiring berlannya waktu, kedalaman dan keluasan ilmu bertambah. Ilmu mencerahkan pikiran, sementara harta cenderung menjadikannya gelap. Maka dari itu, ilmu lebih baik daripada harta.

Terima kasih denaihati telah berkongsi ilmu dan pengalaman bagi membantu yang lain untuk terus berjaya. Semoga perkongsian yang diberi dapat jadikan hidup kita lebih baik.aminnn
Notapink : Keikhlasan itu penting :)

13 comments:

  1. Nice review dear. Swmoga kita mendpt manfaat darinya :)

    ReplyDelete
  2. banyak juga maklumat dalam buku tu..memang memberi manfaat pada blogger khusus nya..

    ReplyDelete
  3. banyak cerita yang emnarik dalam buku tu..sayang nad tak pergi

    ReplyDelete
  4. GOOD LUCK AKAK!

    AMAL JOIN JUGAK :)

    ReplyDelete
  5. terbaik review ni..insyallah bgs utk rujukan blogger

    ReplyDelete
  6. Review yang menarik.

    Salam ziarah http://lobam.my

    ReplyDelete
  7. As salam.

    Terbaiklah review ni. Best!

    Tahniah utk team DH sebab mmg meriah dan byk perkara yg boleh kita belajar dari sbb2014.

    terima kasih sis selitkan nama saya dlm entri ni =)

    ReplyDelete
  8. As salam,

    Nyata sekali, sbb2014 mmg terbaik dan moga2 dapat mengeratkan ukhwah dan saling menyokong antara kita.

    terbaiklah sis review ni! best.

    terima kasih juga selitkan nama saya dlm entri ni =)

    ReplyDelete
  9. Ok.. Ai bookmark utk nk baca balik nnt..

    ReplyDelete
  10. ilmu Allah luas.. tempek je kat mana2 mesti ada ssuatu yg kta akan belajar

    ReplyDelete
  11. seronoknye ^_^ shida xhabis baca lg buku bro denaihati :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.