Jubah/Abaya Pink Umbrella Cut

Ramai pulak berkenan dengan Jubah/Abaya Pink Umbrella Cut yang Fiza pakai minggu lepas. Sebelum korang berkenan, Fiza dah lama terbekenan dengan jubah/abaya umbrella cut dengan style lengan macam tu. Grip je kat lengan takdelah terselak nanti kan.

Lately Fiza memang suka pakai jubah je. Lebih senang dan selesa. Sarung je terus. Dalam usaha mengumpulkan jubah/abaya ni. Kalau dah beli jubah/abaya ni confirm la kena potong bahagian bawah sebab labuh sangat. adeshh..Jadi satu kerja pulak. Tak pernah beli jubah terus boleh pakai. Mesti kena anta kedai potong dulu.

Apa yang Fiza suka jubah/abaya umbrella cut ni sebab umbrella cut ni nampak macam dress kan bila potongan payung dibuat. Plus, lengan yang yang menarik dan style macam tu. Lebih selesa. Kain pulak jenis material koshibo yang tak jarang dan tak melekap. Sangat menepati ciri² muslimah. Lagi suka bila ada warna dusty PINK ni. Dipadankan pulak dengan wide shawl hasil dari shopping di zalora. Macam kena je kan.

Ramai yang tanya beli kat mana. So Fiza akan share link ni. Kalau korang berdekatan dengan Mydin Seremban2 bolehlah singgah ke butik Ummu Aiman Muslimah Collection kat area basement parking. Kalau yang jauh atau yang suka shopping online pun boleh beli sebab mereka pun ada jual online.

Fanpage : UMMU AIMAN Muslimah Collection

Semua baju yang dijual menepati ciri² muslimah. Itu yang terbaik! Owner pun berjubah dan berpurdah yang sangat friendly dengan customer. Thumbs up! Memang puas hati. Harga pun berpatutan :)

Opss..pada yang tanye Camne Fiza pakai shawl tu. Maaf le tak dapat nak merealisasikan permintaan korang buat tutorial pakai wide shawl tu. Fiza main lilit² je tu. Lagipun first time pakai wide shawl.huhu..Sorry ye. Tak expert buat tutorial pakai shawl ni dengan video.huhu

23 comments:

  1. cantik je =) mcm nak buat time raya je nnt

    ReplyDelete
  2. Cantiknya fiza...nak beli juga satu lah..berkenan pulak dengan lengan yang macam tu fiza...

    ReplyDelete
  3. ada saiz ke..? hehehe...cantik sangat ni!

    ReplyDelete
  4. seriously, fiza cantik dalam jubah pink ni. Warna pun lembut je tak nampak striking sangat :)

    ReplyDelete
  5. cantiklah fizah.. mcm minat jer nk beli ;)

    ReplyDelete
  6. sukanya jubah/abaya umbrella cut ni mmg cntk arr...

    ReplyDelete
  7. Subhanallah, lawannya fiza pakai jubah kaler pink..
    nanti nak beli dan try pakai jugaklah..

    Inshaallahh .

    ReplyDelete
  8. SubhanAllah . dengar tak jarang tu yang seronok tu :D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dan salam singgah di petang Jumaat dik Fizah..cantiknya suka tengok desgin dan warna dia pun suka sangat...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum fiza, wahh cantiknya. sheila memang mencari jubah2 cute2. nak yang ada butang depan, senang buat breastfeeding terus. selamat pagi, singgah sambil menabung sini~~~

    ReplyDelete
  11. Sarah pun suka berjubah skng ni fiza.. Lebih selesa dan lebih yakin melangkah.. Gitu kan.. Hehe.. Cantik fiza.. Omey je..

    ReplyDelete
  12. kalau pink nil pn suka sys ..

    http://adindaevangelistanil.blogspot.com/2014/03/segmen-rm100-x-2-daily-ahmad-by-nil.html
    join lerr ne tahu ada rezki

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.