My 1st time with NIVEA’s rinse off body lotion

Monday, March 10, 2014


my-1st-time-with-nivea's-rinse-off-body-lotion

My 1st time with NIVEA’s rinse off body lotion | Sebagai pengguna, semestinya kita akan memilih produk yang terbaik untuk diri kita. Salah satunya produk terbaik dari segi penjagaan kulit badan harian adalah dengan menggunakan  NIVEA’s rinse off body lotion.

APAKAH NIVEA’s rinse off body lotion.
Rinse off body lotion dalam bahasa melayu adalah losyen bilas badan. Losyen yang digunakan ketika mandi.
Apakah losyen tersebut?


NIVEA In-Shower Skin Conditioner merupakan sejenis losyen yang direka dengan inovasi terkini pelembapan yang digunakan selepas gel mandian dan akan meninggalkan kulit terasa lembap lembut walaupun selepas dikeringkan dengan tuala.

NIVEA In-Shower Skin Conditioner bukan merupakan produk 2-in-1 dan tidak mengandungi apa-apa ciri-ciri pembersihan. Ianya tidak berbuih dan macam losyen . Masih perlu membersihkan dengan gel mandian seperti biasa, bilas dan kemudian ikuti dengan NIVEA In-Shower Skin Conditioner untuk menjaga kulit anda terhidrat sepenuhnya dan rasakan seperti sutera lembut.

Dengan menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner adalah satu cara mudah untuk melembapkan kulit semasa mandi. NIVEA In-Shower Skin Conditioner boleh didapati untuk kedua-dua jenis kulit biasa dan kering.

Antara dua jenis ni, Fiza pilih untuk mencuba yang jenis kulit biasa sebab kulit Fiza tak terdedah dengan luar memandangkan jarang keluar so takdelah terlalu kering. Baru pertama kali menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner terus jatuh cinta dan masa mandi adalah masa yang cukup bagus memanjakan diri macam ber'spa'. Sambil mandi boleh melembap dan selepas bilas tak perlu nak pakai losyen lagi. Sangat mudah! Ini merupakan produk pertama yang menampilkan cara baru dan senang melembapkan badan semasa mandi. Pertama di  Malaysia ye.Terbaik!

BAGAIMANA menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner.
Hanya dengan 4 langkah untuk dapatkan kulit badan yang sentiasa lembap. Kena pastikan sapukan losyen ketika kulit masih basah ye.

Dengan cara mudah ini sebenarnya dalam masa yang sama kita dapat jimatkan masa. Yelah, selalunya lepas mandi mesti nak pakai losyen kan untuk badan sentiasa lembap. Lepas pakai losyen,nak tunggu kering pulak tu. Agak ambil masa jugak tu.

Bagi mereka yang hargai masa, sudah tentu akan memilih NIVEA’s rinse off body lotion ni untuk jimatkan masa tetapi hasilnya sangat luar biasa. Pertama kali cuba di tangan dan bilas Fiza dah rasai kelembutan dan kelembapan kulit ,apatah lagi satu badan kan? wow, buat tak sabar nak masuk bilik mandi. Teruja punya pasal.

KESAN selepas menggunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner.
Kulit terasa lebih licin, lembap dan lembut. Sentiasa rasa macam nak sentuh kulit selepas mandi. Seronok! Yang penting Tidak melekit! YeBila dah lembap orang akan fikir bab melekit pulak. Fiza berani jamin yang korang akan berpuas hati selepas mencuba.

SIAPA yang boleh gunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner
Sesiapa saja boleh gunakan NIVEA In-Shower Skin Conditioner ini tak kira lelaki atau perempuan dan rasakan kesannya yang menakjubkan. Pasti korang akan berpuas hati dan tak cari lain dah.

KENAPA perlu memilih NIVEA In-Shower Skin Conditioner.
1. Jimat masa.
Kita sendiri tahu kita tidak mempunyai banyak masa dan selalu memerlukan penyelesaian sesuatu perkara dengan cepat terutama dari segi penampilan dan  kecantikan mereka. NIVEA In-Shower Skin Conditioner  adalah cara yang mudah dan mudah untuk menjaga kulit. Ia boleh dimuatkan ke dalam rutin mandi yang sedia ada dan tidak perlu menunggu sekitar untuk ia kering selepas menggunakan.Sangat jimat masa kan?

2. Tidak melekit
NIVEA In-Shower Skin Conditioner ni  diaktifkan oleh air dan segera menyerap ke dalam kulit. Ia akan meninggalkan kelembapan pada permukaan kulit tanpa rasa melekit.

3.Selamat digunakan.
Bahan-bahan dalam NIVEA In-Shower Skin Conditioner tidak berbahaya kepada alam sekitar dan telah disahkan terbiodegradasikan oleh institut pakar, Fresenius.

Wow,menarik tak? Teruja nak mencuba kan? Sudah tentu! Sebagai pengguna yang kerap menggunakan produk NIVEA, Fiza memang berpuas hati dengan produk ni. Lagi² bila penggunaannya melibatkan masa, memang perlu sangat guna NIVEA In-Shower Skin Conditioner dalam penjagaan badan seharian. Dengan Cuaca yang panas sekarang ni harus cuba okay! Cara mudah melembap kulit ketika mandi. Yeay! Satu masalah telah selesai.


I said YES for this produk!
DIMANA untuk dapatkan NIVEA In-Shower Skin Conditioner 
NIVEA In-Shower Skin Conditioner boleh di dapati  di Major Departmental Store & Pharmacies Nationwide (Malaysia)  atau Major Departmental Store & Pharmacies (International)
 
Harga : RM16.90/250ml
Dengan harga yang berpatutan boleh jimat masa dan duit dalam masa yang sama :). Sangat membantu dalam penggunaan seharian. Kelembapan terasa lebih lama dan kulit pun lembut je. Bagus!
Untuk lebih lanjut tentang produk NIVEA In-Shower Skin Conditioner:
Website: www.nivea.co.uk/products/campaigns/body-care/skin-conditioner

9 comments

  1. yeah,,,now's the time utk tukar lotion lama. nivea <3

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah malam dik Fizah...Diana masih kekalkan dengan penggunan losyen dari jenama Johnson's baby...hehe..

    ReplyDelete
  3. mmg nak beli pn product ni..
    tgk review fiza lagi semangat akak nak gi beli

    ReplyDelete
  4. dulu memang suka pakai nivea nie..tapi lepas dapat hadiah baby johnson...terus lupakan nivea..ingat nak sambung pakai nie la nanti

    ReplyDelete
  5. amal xtry lagi, tapi tgk iklan mcm best :)
    btw, amal blogwalk sponsor contest muslim niaga :)

    ReplyDelete
  6. nivea ni pon ok kan produknya... harga pon boleh tahan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.