Resepi Lasagna Pasta Mudah

Saturday, February 15, 2014


Dah lunch ke semua?Kalau belum meh nak bagi Resepi Lasagna Pasta Mudah.Kita lunch western hari ni.Masuk hari ni dah 3 hari Fiza tak menjamah nasi tau! Takde selera terhadap nasi =__=' why why why?Gara² B'Ramping Coffee.Tapi berselera makan benda lain pulak.Itupun makan sikit je sebab lebih banyak minum air..Kalau camni memang boleh kurus la kan..Kurus belum lagi,baru sikit² buang lemak kot.

Okay,kali ni Resepi Lasagna Pasta Mudah sangat.Guna bahan yang ada kat rumah.Tak yah nak spesific sangat cari benda yang susah nak cari..huhu..asalkan ada rupa dan sedap kena dengan tekak.

Bahan²
1.Pasta yang direbus [campur sedikit minyak tak nak bagi melekat @ apa jenis pasta pun boleh].Rebus sehingga masak,toskan dan ketepikan dulu.

Inti daging Lasagna
Inti Daging Lasagna
Inti Daging
1/2 botol/tin Sos Spagheti tradisional
isi ayam di cincang halus @boleh guna daging cincang ready made
1 biji bawang besar besar potong dadu
3 ulas bawang putih di mayang halus
1/2 batang lobak merah dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
kubis di potong dadu
2 sudu besar cili kisar
Serbuk Lada hitam
Cendawan butang dipotong dadu
garam secukup rasa [boleh tambah serbuk secukup rasa]
sedikit minyak@butter untuk menumis
slices cheese [cheese lain pun boleh]

Cara²
1. Masukkan minyak @ butter ke dalam kuali.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dipotong
3. Masukkan cili kisar,kacau dan biarkan garing sedikit
4. Masukkan isi ayam@daging kisar,kemudian masukkan sos spaghetti dan kacau.Biarkan seketika hingga masak.
5. Masukkan lobak merah,tomato dan kubis,kacau sebati dan masukkan garam,black pepper dan serbuk secukup rasa jika ada.

Sos Putih Lasagna
Sos Putih Lasagna
Sos Putih
500ml susu segar
2 sudu besar tepung jagung
Serbuk lada hitam
garam dan serbuk secukup rasa jika ada.
Masak kesemua bahan ini sehingga pekat dengan api yang sederhana.

Cara melapis lasagna
1. Susun pasta dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil pastikan sapu dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
2. Letakkan inti lasagna yang dah siap dimasak.
3. lapiskan sos putih di atas inti.
4. Susun slice cheese.
5. Ulang step 1-4 hingga habis mengikut susunan.
6. Bakar selama 45 minit pada suhu 200C sehingga cheese menjadi garing keperangan.

* Bagi memudahkan kerja,Fiza masak guna pemanggang ajaib.So terus susun masuk dalam pemanggang ajaib.Lapiskan dengan aluminium foil juga. Gunakan loyang kecik untuk lapisan yang tebal.

okay,masa untuk makan.
Nak sedap lagi letak lah cheese cheddar ke,apa jenis cheese pun sedap!Lagi tertarik cheesy tu nanti macam pizza! Fiza letak slices cheese je sebab itu je pun yang available kat rumah.Nak keluar rumah malas haihhh..cuaca tengah panas..Nanti dok bising pening kepala pulak.=__='

Ni namanya resepi apa yang ada..mudah! ikut tekak masing²..jadi tak jadi lain cerita yang penting rajin nak mencuba.

Selamat mencuba dan menjamu selera ^__^

17 comments

  1. Amboii kak. Bagi sikit laa. Saya hari ni lunch makan maggi je tau. Tsskk tsk

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. waaaa terliur sheila T________T

    ReplyDelete
  3. waaaa.. macam sedap jeee.. kak delivery ke sini blh? :D eheekkk.. nnty nak try lah buat..

    ReplyDelete
  4. rajinnya buat lasagna sendiri. dulu mak saya pernah beli lasagna sejuk beku tapi itupun bila masak tak jadi. hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya fiza.. nk sikit. hehe
    dh lama nk try buat lasagna tp takut xjd. huhuu

    ReplyDelete
  6. sekali sekala makan makanan western pon sedap jugak :)

    ReplyDelete
  7. macam takkan try je.. buat masa terdekat ni lah.. hehe..

    ReplyDelete
  8. tak pernah cuba lagi any resepi untuk lasgna..selalu makn kat secret ja. heheboleh cuba yang ni.simple

    ReplyDelete
  9. Wahh nampak sedap tuuu blh cuba nnt untuk berbuka

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.