Fashion Wak Doyok

Wednesday, February 12, 2014

Wak Doyok
Fashion Wak Doyok yang kini menjadi trend fashion terkini yang makin menular di Malaysia. Siapa yang tak kenal Wak Doyok seorang lelaki yang bermisai lentikberjanggut dan berjambang tebal tu kan. Nama sangat pelik dan rare kot! Menampilkan gaya maskulin Era Inggeris 60-an yang berbeza berbanding dengan kebanyakan gaya lelaki lain.Nama Wak Doyok yang semakin popular sekarang kan dan semestinya dia bukan artis!

Bagi yang tak mengenali Wak Doyok, meh sini nak cerita sikit pasal jejaka kacak bergaya ni.Bergaya ke?Ohhh..memang bergaya.Suka pulak haihh tengok fashion macam ni.Mungkin hanya segelintir je yang mengenali nama Tengku Muhammad Azwan Shah, tapi  kalau sebut je "Wak Doyok"mesti korang kenal.atau korang tak pernah kenal lansung?Ape pun, bagi penggemar fashion of course kenal kan?

FYI,bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah pun kenal dengan nama Wak Doyok ni.Hebat betul Wak Doyok!*clap clap

Wak Doyok telah memperkenalkan jenama The Garment miliknya dan rekaannya berdasarkan falsafah Mods dengan Vespa dan Lambretta termasuk kecenderungan muzik yang berasal dari era 60an seperti ska, soul dan motown, yang menjadi pilihan pengamal Mods. Antaranya kumpulan yang berkait rapat dengan Mods ini antaranya The Who, OCS, The Ronnettes dan The Supremes.


Wak Doyok merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan dari salah sebuah universiti di Jerman, mdan mula terbabit dalam bidang fashion sejak 1996 lagi dan bergerak secara ‘underground’. Wak Doyok mula menggemari fesyen sekitar 1992 di mana ketika itu dia meminati fesyen Skinhead.

Dalam misi memperbesarkan jenama The Garment pula, ramai rakan menggalakkannya terbabit dalam bidang fesyen secara ‘mainstream’ berbanding secara ‘underground’ memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengikut dia sendiri.

Wak Doyok

The Garment sebelum dikenali di Malaysia, pengamal fesyen Mods di Britain, Jepun, Singapura dan pelbagai negara lagi sudah lama memakainya. Cuma baru sekarang mendapat permintaan daripada penggemar fesyen tempatan.Fashion army juga menjadi trend sekarang!


Selain itu, Wak Doyok menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.
Wak Doyok

Wak Doyok melihat orang bergaya dan ingin membantu orang di luar sana yang ingin berfesyen dan melihat kerjaya ini sebagai satu bidang yang boleh membantunya memberi sumbangan kepada komuniti khususnya mereka yang menghargai dan mengikuti perkembangan diri dia.Menarik pula cerita Wak Doyok ni. Fashion ni pulak nampak kemas dan of course sangat bergaya untuk mereka yang berbadan kurus macam ni.Orang yang berbadan sebaliknya pulak,camna?

Credit Image: google 

9 comments

  1. nama dia tu membuatkan orang senang nak ingat... akak ingat wok doyok ni ada appear kat nona sekali...

    ReplyDelete
  2. kenal wak doyok sbb tengok ke korea ke kita tu je

    ReplyDelete
  3. wak doyok tgh bperang dgn powers rangers kaler pink dlm IG ari tu...hahahaha...

    akak suka baca segala komen dlm IG dia...tp akak suka masa dia x bjambang, lagi kacak kot...apapon, wak doyok memg ensem...

    ReplyDelete
  4. kenal wak doyok ni masa tgk rancangan ke korea ke kita... nampak macam org biasa je...rupanya femes gak dia ni ea.. hehe

    ReplyDelete
  5. oh patut lah nm wak doyok femes sgt skrg...mmg style cara dress up dia..hehe terbaik..!

    ReplyDelete
  6. wak doyok dh pemes..
    kalo buang misai ngn janggut n jambang die msti lg ensem.. haha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.