Resepi Puding Roti Bakar

Wednesday, February 26, 2014

Resepi Puding Roti Bakar | Lama pulak tak update entry resepi ye. Sejak bersama #brampingcoffee hilang selera makan pulak. Berkesan betul. Tapi sejak stop seketika teringin pulak nak makan memacam dah macam orang mengidam. Sempat pulak buat puding roti bakar ni. Buatnya pun simple je.

Biasanya orang guna kismis tapi Fiza guna kurma sebab Fiza guna roti butterscotch yang dah memang ade kismis. So memperkayakan kemanisan letak kurma le. Lain sikit dari resepi biasa buat ekperimentlah sikit kan. Rupanya tetap menyelerakan..


Bahan-bahan
7-8 keping roti butterscotch@ roti gardenia
2 cawan susu segar*
4 sudu besar gula*
2 biji telur*
1 sudu teh esen vanilla*
2 sudu besar butter (cairkan)*
5 biji kurma dicincang halus

Untuk Sos Kastard
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan air
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara
1. Masukkan bahan² yang bertanda * dalam satu bekas.
2. Potong roti 4 bahagian dan biarkan meresap seketika.
3. Masukkan separuh kurma yang telah dicincang halus dan gaul sebati. 
4. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah disapu dengan sedikit butter.Taburkan separuh lagi baki kurms diatas adunan.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat ikut selera masing²
7.Sejukkan puding  roti di dalam peti ais. Kemudian potong dan  tuang sos kastard di atas untuk dihidang.

Nak lebih mudah, Fiza guna syrup chocolate hershey's je.Lagi sedap!Tak payah buat sos kastard..hihi


Selamat Mencuba!

7 comments

  1. Sally suka Kukus..hehe..ke sebab dh biasa kukus ek?? Hahaha..anyway, look tempting!

    ReplyDelete
  2. aduh2 drooling nya Fiza..
    nak keep recipe ni nnt boleh try & error hehehe

    ReplyDelete
  3. dulu masa belajr selau buat ni...tp skrg dah xbut,, xberapa suka..hehe

    ReplyDelete
  4. pakai butterscotch ek? macam lagi sedap je..nnt nak cuba la

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.