Cara Bunuh Nyamuk Di Sekitar Rumah

Thursday, February 20, 2014

Cara Bunuh Nyamuk Di Sekitar Rumah dengan berkesan adalah dengan cara DIY macam ni.Menggunakan bahan dan cara yang mudah.Kalau nak tahu berkesan ke tidak,Jom kita cuba sama²

Bahan²
• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Cara²
1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.Selamat mencuba.At least kita boleh prevent dari gigitan nyamuk yang boleh membawa penyakit denggi dan sebagainya.

Credit : Sumber fb

23 comments

  1. assalamualaikum azha...memang menarik petua ni...nak juga cuba nanti...;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum fiza.. wahh dulu pernah nampak ni.. tapi tak pernah nak buat.. rasanya boleh kot sheila suggest kat suami ~~~

    ReplyDelete
  3. tak pena dengar cara ni..tp nice, boleh cuba

    ReplyDelete
  4. Sama plak entry kita hari nih. Pasal nyamuk gak. Buleh cuma tips ni. Mlm tadi saya try pakai limau nipis ngan bunga cengkih.

    ReplyDelete
  5. petua terbaik..bagus ni diamalkan pada musim musim nie..

    ReplyDelete
  6. salam singgah ptg
    sory x leh nak komen banyak bz day

    ReplyDelete
  7. Wah..first time tahu petua nie..nnt nak try..^^

    ReplyDelete
  8. hah skrg ni kan musim panas, nyanmok banyak skrg berkeliaran.. boleh try DIY ni.. thx for the tips Fiza..

    ReplyDelete
  9. rumah sewa eka yg baru ni, kemaen banyak nyamuk. Nak cuba lah nanti.

    tq fiza

    ReplyDelete
  10. oh macam ni, ok bolehlah akak cuba fiza... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  11. sekarang bukan kemain banyak nyamuk kt rumah. sngat membantu lah entry kak fiza ni. going to try that method soon.

    ReplyDelete
  12. karbon dioksida tu buat nyamuk mati ke?

    ReplyDelete
  13. ni kena letak dlm pinggan brisi air ni..klu x semut hurung pulk..huhu..

    ReplyDelete
  14. bagus jugak kan
    takde lah duk hidu racun ridsect ke ape
    :)

    ReplyDelete
  15. lagi2 skrg tgh hot kes denggi ni..mencegah lebih baik dr merawat gitu kan..

    ReplyDelete
  16. bolehlah cuba kat rumah nanti... nyamuk sekarang banyak.

    ReplyDelete
  17. dok la pk nak buat tapi asyik lupa je

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.