Bermula dengan RM1 mampu jadi Jutawan

Thursday, February 06, 2014

Zukermi
Bermula dengan RM1 mampu jadi Jutawan muda dalam umur masih muda.Itulah realiti kehidupan MUHAMMAD Zukermi Edi yang masih muda ini telah bergelar Jutawan Muda.Zukermi telah membuktikan bahawa berniaga secara online dengan bermodalkan RM1 mampu menjadikan dia seorang Jutawan Muda yang berjaya.Jom kita tengok disebalik kisah kejayaan Zukermi yang bermula dengan RM1.
Siapa Zukermi?
Anak muda kelahiran Temerloh,Pahang yang pernah melalui pengalaman perit hidup sebatang kara.Allah telah memberi petunjuk dalam hidup dia dengan berbekalkan RM1, Zukermi menggunakan duit tersebut untuk melayari internet di cyber cafe.Di situlah bermulanya Zukermi berniaga online secara dropship melalui akaun facebook.


Bagaimana Kisah Kejayaan Usahawan Muda Zukermi bermula?
Dalam masa yang singkat,Zukermi berjaya mendapat pulangan yang besar.Bagi Zukermi, ketiadaan modal bukan satu halangan untuk dia berjaya.Zukermi berpegang teguh pada pegangan hidup dia yang tidak pernah berputus asa berlandaskan agama dan juga ilmu pengetahuan yang ada.Kaya dengan mudah dengan usaha yang gigih.InshaAllah kalau kita berusaha,Allah mesti bantu kita kan.Itulah Rahsia untuk kaya.

Dari mula berniaga secara dropship,Zukermi berjaya membina syarikat sendiri dengan keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit.Hebat tak hebat tu?dengar pun macam menarik kan?Pada tahun 2013 Zukermi telah melancarkan beberapa rangkaian produk kecantikan iaitu MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah Syarikat MZ Secret Sdn Bhd miliknya sendiri.

Walaupun tiada pengalaman yang banyak tapi Zukermi telah berjaya membuktikan dia berjaya membina empayar peniagaan bermula dengan RM1 sampaikan ada kawan² dia terkejut dengar kisah kejayaan dia.Zukermi sendiri tak sangka yang produk keluaran syarikatnya laris terjual dari hasil titik peluhnya sendiri selama ini.Pakar pemasaran internet, Tuan Faisal Abdullah itulah sumber rujukan pemasaran internet keluaran syarikat dia.Salah satu rahsia kejayaan dia.

Kejayaan terkini.
Syarikatnya bakal melancarkan satu produk yang dirumus khas untuk  suami isteri pulak dan dijangka akan menjadi satu lagi produk bakal terlaris di pasaran untuk tahun 2014 ni.Wahh lepas ni mesti laris banyak produk keluaran MZ kan.Zukermi merancang mencari lebih ramai rakan niaga bagi pelancaran produk terbaru tu.Mana yang berminat nak berniaga secara online dengan modal yang rendah bolehlah join sebagai peluang untuk jana pendapatan sampingan.Sekarang kan semua benda dah naik harga.So perlu ada side income.Siapa yang tak nak jadi kaya kan.

Dengan kisah kejayaan usahawan Muda ni,Fiza rasa dapat mengubah mind set orang kita yang mudah berputus asa dalam mencapai sesuatu kejayaan.Sedikit sebanyak kisah kejayaan usaha muda ni dapat menyuntik semangat dan memberi inspirasi pada orang kita yang ingin memulakan perniagaan secara online.Dengan usaha yang gigih dan dengan izin Allah, Zukermi mampu buktikan bahawa kekangan hidup bukan alasan untuk berjaya.Yang penting,usaha doa dan tawakal.InshaAllah kaya dengan Mudah.Itulah Rahsia untuk kaya.

Apa pun kena pandang kisah kejayaan seseorang dari sudut positive.Nampak macam tak logik dengan RM1.Tipu?Typical orang kita kalau bercakap mana pernah siasat dan tahu hal sebenar terus nak fikir negatif.Walaupun nampak tak logik,dia dah berjaya kot.At least kisah dia kita dapat jadikan sebagai penyuntik semangat nak buat sesuatu sampai berjaya.Bukan berjaya berfikir negative je.Be positif anyway,anyhow.InshaAllah cas² positive sentiasa ada dalam diri kita dan tak mustahil kalau cas² positive tu boleh membawa kepada kejayaan.Rezeki adalah anugerah dari Allah.

Muda² dah jadi jutawan.Hebat anak melayu kita ni.Semoga beliau terus berjaya.Lebih membanggakan sebab keluarkan produk sendiri.Baru² ni pun beliau ada masuk dalam paper utusan untuk berkongsi Kisah kejayaan usahawan Muda dan Rahsia untuk kaya.
Daripada Abu Zar r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t suka melihat hambaNya berusaha dengan berpenat lelah mencari rezki yang halal". (Hadith Riwayat al-Dailami)-sumber
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang sentiasa beristigfar Allah akan memberikan pelepasan daripada setiap kesusahannya, memberikannya jalan penyelesaian kepada setiap kesempitannya dan Dia akan memberikannya rezeki dari punca-punca yang dia tidak pernah menyangkannya."
(Riwayat Abu Dawud, al-Nasa'i, Ibn Majah dan lain-lain)-sumber
Jom kita berusaha,berdoa dan bertawakal.Moga murah rezeki kita juga.aminnn.Bagus pagi² ni share sesuatu yang baik.Be positive ^__^

18 comments

  1. wah... bagus kan... menggunakan internet untuk berjaya.... harus dicontohi...

    ReplyDelete
  2. Rezeki dia nie..alhmdulillah..smoga beliau trus success..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..berkat usaha yang tak putus2 insyallah...

    ReplyDelete
  4. tak sangka rupanya pengasas produk MZ tu seorang lelaki..hihi..bagus dia, berusaha sampai berjaya macam tu..

    ReplyDelete
  5. lah orang temerloh ke??? setempat lah kita yekk

    ReplyDelete
  6. rezeki ada di mana mana. Yang penting Usaha kan.

    ReplyDelete
  7. Mak IM suruh ikut contoh usahawan ni lepas baca artikel beliau :)

    ReplyDelete
  8. itulah rezeki namanya, bak kata papatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yg tahu.

    ReplyDelete
  9. contoh kpd anak2 muda melayu yg lain.. zara blom familiar ngan produk yg dia kenalkn ni.. tp pgalaman dia ni buat zara kagumm..

    ReplyDelete
  10. contoh kpd anak2 muda melayu yg lain.. zara blom familiar ngan produk yg dia kenalkn ni.. tp pgalaman dia ni buat zara kagumm..

    ReplyDelete
  11. usaha + doa + tak putus asa InShaAllah tercapai kan sis..untung muda2 dh jadi jutawan..

    ReplyDelete
  12. usaha gigih dan sabar itu perlu untuk mencapai kejayaan...

    ReplyDelete
  13. Memang rezeki dia lah, atas usaha dia jugak. Memang salah satu contoh yg baik :) Ingat lelaki sekarang pergi cc main games je semua

    ReplyDelete
  14. rezeki ada di mana2 cuma kita kena berusaha untuk pastikan berjaya

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.