Sesekali Breakfast Cereal Honey Stars Dan Susu

Tuesday, September 15, 2020

Cerita sarapan pagi sabtu lepas. Kira aci lah kan cerita waktu minum petang gini. Fuhh kemain breakfast omputih (orang putih) pulak dah. Sesekali nak bertukar selera anak tekak ni apalah salahnya pun. Breakfast ringkas yang paling mudah nak disediakan dan juga menyihatkan.

NESTLÉ HONEY STARS 

Sejenis bijirin dibuat dengan bijirin penuh iaitu bijirin asli yang terdiri daripada bran, germa dan endosperma. Bijiran terbaik macam natural dietary fibre. Bijirin bersalut madu berbentuk bintang dengan rasa luar biasa (out of this world taste). 

Enak dimakan begitu sahaja mahupun dimakan bersama dengan susu segar.

Breakfast Cereal Honey Stars And Milk

Setelah sekian lama tak makan nestle cereal honey stars. Bila rasa semula honey stars zaman kanak-kanak, rasa macam sedap lah pulak. Koko crunch dan milo cereal pun sedap juga kan. 

Bijirin/Cereal macam ni kalau beli pun masa nak raya. Itupun beli cornflakes sebab nak buat kuih je kaedahnya. Kan? Lepas tu sendu tak beli. Tunggu nak raya tahun depan baru beli lagi.

Persoalannya kenyang ke makan bijirin macam ni? Bagi orang yang dah biasa of courselah akan rasa kenyang. Kalau jenis tekak melayu macam Fiza ni, kena juga breakfast carbo berat sikit baru lah ada tenaga. 

Bahan-Bahan

Cereal Grains [Whole Grain Wheat (Gluten) (37.2%), Corn Semolina], Sugar, Glucose Syrup, Honey, Palm Oil, Minerals (Calcium Carbonate, Reduced Iron), Iodized Salt (Sodium Chloride, Potassium Iodate), Natural Flavourings, Tocopherols, Vitamins (B3, B5, B6, B2, B9), Food Colour [Carotene E160a), All Additives are of Plant or Synthetic Origin

Mengandungi Gluten (derived from wheat), Milk, Soya and Tree Nuts (Almonds and Hazelnuts). Untuk mereka yang alah kepada bahan bahan ni tak digalakkan untuk mengambilnya.

Kadar Nutrisi

Energy : 848kJ114kcal
Fat : 0.9g
Sugars : 8.9g
Sodium : 0.01g

of an adult`s RI *
* Reference intake of an average adult (8400 kJ/2000 kcal)
credit : source

Breakfast Cereal Honey Stars And Milk

Breakfast cereal honey stars salah satu sarapan kegemaran anak-anak. Bentuk honey stars tu buatkan anak-anak lebih tertarik nak makan dan lebih berselera. Yang tak berselera tu bila fikirkan harga bijirin zaman sekarang tak macam dulu.

Anak buah Fiza dulu kalau puasa, sahur tu dia nak makan cereal je. Kalau hidang nasi ke apa, makan sikit benar. Tapi kalau ada bijirin dengan susu tu, semangkuk sekejapan je dia habiskan. Tekak budak-budak zaman sekarang.

Jenuhlah membeli stok cereal untuk sahur. Janji dia puasa. Fiza perasan cereal honey stars pun tak cepat lemau bila campurkan dengan susu. Bolehlah makan lambat lambat sikit.

Kalau tidak, makan laju-laju atau letak sikit-sikit sebab tak nak lemau cepat dalam air susu tu. Siapa macam ni, kita geng!


32 comments

  1. Suka emping biasa, honey stars tidak pernah sentuh.
    Hehe susu pula susu coklat atau strawberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang suka cornflakes. honey stars ni budak budak yang suka :)

      Delete
  2. kreatifnya fiza amek gambar, nampak exclusive sangat2!

    ReplyDelete
  3. Kalau Mikhail dengan Maisara diaorang suka chocolate careal. Coco crunch ke, milo ke.. tekak akak rak boleh sarapan gitu. Tapi diaorang ni siap bertambah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak budak memang suka sarapan macam ni. Orang dewasa ni sesekali je lah, memang tak kena dengan tekak. tetap cari sarapan orang melayu :)

      Delete
  4. Eh eh dia terbang laaaaa...cantiknyaaa gambar dia...eee gerammmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali terbangkan dia sis lin. Terima kasih banyak² :)

      Delete
  5. Cereal x laku kat umah kita. Anak-anak suka sarapan makanan berat cam nasi goreng @ nasi lemak :)

    ReplyDelete
  6. koko crunch, honey star...manis2..sesekali makan ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali je ni. Tapi honey stars ni macam kurang manis sikit.

      Delete
  7. i pon tekak melayu. cannot go with cereal. too hard.. ha3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali boleh lah tapi tetap nak juga makan makanan melayu. hihi

      Delete
  8. Sesekali tukar selera. Hehehe. Ku pun suka honey stars ni. Tapi sejenis tekak melayu mesti nak hat berat jugak lepas tu. Kikiki.


    Fiza.. gambar awak ambik tu cantik. Nampak hidup lah. Tangan ada seni. Suka nya dgn orang macam ni. Maklumlah kita tgn keraih 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang kena makan makanan berat juga baru rasa puas hati breakfast.hihi

      Terima kasih. kita cuba mana yang mampu je ni :)

      Delete
  9. Time bulan puasa rajin beli, paling mudah nak suruh anak sahur sebab bukan nya anak-anak nak makan nasi kalau sahur walaupun lauk pelbagai. Cantik gambar last tu teringat galaxy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak budak memang berselera kalau sahur cereal.

      Terima kasih kak :)

      Delete
  10. ada entiti ghaib ke pegang sudu tu? hehehe cantik gambarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. kita bagi ghaib sekejap demi sekeping gambar. Terima kasih Anies.

      Delete
  11. gambar tu cantiknyaaa!!!

    Cik TK pun suka makan honey star dan cereal-cereal lain terutama koko krunch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih.
      Cereal semua sedap sedap. cuma tu lah.harga pun boleh tahan sekarang.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.