Resipi Cekodok Pisang Rangup di Luar Lembut Di Dalam

Monday, September 28, 2020

Selamat pagi sekalian. Maaf ye beberapa hari ni tak berkesempatan nak blogwalking. Sempat update blog je. Lepas tu hilang. Muncul entry baru, lepas tu hilang semula. 

Kejap ada kejap tak ada itu perkara normal. Tak ada yang pelik berlaku. Biasalah bila sibuk tu, adalah kerja hakiki yang perlu diutamakan. Blog ni kita sambil-sambil je lah berkongsi cerita apa yang ada.

Marilah kita sambung episod pisang sesikat Fiza yang tak habis habis tu. Beberapa biji dah siap buat kek pisang choco chip. Lepas tu termenung nak buat apa lagi dengan pisang-pisang tu. Semua dah masak dah tu!

Petang semalam tengah elok hujan turun. Dan bila sejuk, mulalah perut minta makanan. Kek pisang tinggal 2-3 potong je lagi. Jadi, buat cekodok je lah senang. Cepat dimasak enak di makan.

Fiza buat cekodok pisang butter, katanya lebih sedap dan rangup. Nak kata resipi cekodok pisang viral tu tak pastilah. Tapi ni resipi cekodok pisang tak serap minyak kalau tambah butter atau marjerin. 

Cubalah kalau nak rasa kerangupan dia.

Ada orang suka buat cekodok pisang tepung jagung untuk buatkan lagi rangup cekodok tu. Tapi tak pernah cuba lagi lah. 

Jenis pisang buat cekodok tu, pisang emas, pisang kapas atau pisang lemak manis. Itu je lah yang Fiza tahu pun.

Resipi Cekodok Pisang Rangup di Luar Lembut Di Dalam

Resipi cekodok pisang rangup di luar lembut di dalam

Bahan-bahan
6 biji pisang emas (yang dah masak bukan pisang muda)
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar mentega (nak guna marjerin pun boleh)
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Lenyekkan pisang. Masukkan gula, garam dan mentega. Gaul rata semua bahan.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
3. Panaskan minyak masak. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan adunan cekodok.
Nak cekodok cantik bulat-bulat boleh gunakan tangan. Kalau tak, gunakan sudu je pun boleh untuk membentuk cekodok tu.

Tapi Fiza tak pernah menjadi guna tangan tu, tetap tak nampak kebulatan cekodok tu haaa. Kenapa entah! 

Mungkin sejenis tak kisah dengan rupa bentuk cekodok tu, janji menjadi dan rasa dia sedap cukup lah kot. 



42 comments

  1. Boleh guna tips Fiza. Marjerin/mentega untuk cekodok.

    ReplyDelete
  2. heheheh kalau guna pisang muda nangis lah nak bagi hancur , akak suka cekodok banyak pisang gini...sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kalau ada yang gigih dapat pakej rasa pisang kelat sikit. Cekodok banyak pisang baru sedap daripada tepung yang lebih.

      Delete
  3. tidaklah ammi kenal nama-nama pisang. yg ammi tau pisang tanduk (sapa tak kenal memang sengallah kan) dengan pisang berangan je. yg lain memang out

    ReplyDelete
    Replies
    1. pisang tu pisang wajib tahu sebab paling mudah nak kenal. tak kenal juga tak tahu nak kata lah kan. hihi

      Delete
  4. Bagus tips Kak Fiza. Nak cuba la. selalu buat benyek gitu. Thanks for sharing. :)

    ReplyDelete
  5. mesti rasa lemak2 butter...tak pernah lg try..menarik utk dicuba..

    ReplyDelete
  6. akak selalu failed bila buat cekodok.Tapi bila buat mesti habis la sebab Mikhail suka makan cekodok.Nasib baik dia bab2 pisang ni tak memilih sangat la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji habis dimakan kak walaupun failed. Tak membazir. senang sangat jenis tak memilih tu.

      Delete
  7. sedap ni..nanti boleh cuba..datang sini komen sambil isi tbung dia :)

    ReplyDelete
  8. Lama tak buat cengkodoq pisang.
    Inshaallah esok breakfast kalau rajin mungkin buat lah kot.

    ReplyDelete
  9. seriously, saya selalu fail buat cekodok or goreng pisang ni. asyik lembik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin adunan ada yang kurang. pisang goreng kalau pisang terlalu masak sangat tu yang lembik kot.

      Delete
  10. Terliur tengok gambar cekodok Fiza...akak memang suka makan cekodok.
    Boleh la nanti try cara ni, tambah mentega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng suka makan cekodok ni. selamat mencuba kak dan semoga menjadi juga.

      Delete
  11. nyummy sedapnya..iena suka cekodok pisang yg bnyk pisang dr tepung cm ni

    ReplyDelete
  12. Fizaaaaaa..pasaipa gambar tuh menyelerakan sangat! lapar nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..terima kasih AD.
      Jangan lupa cuba resepi ni tau!

      Delete
  13. Gambar cekodok tu nampak menyelerakan sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecur terus ye. Nak bagi semangat orang nak mencuba tu :)

      Delete
  14. Selalu failed jugak buat cekodok pisang. Nnti nak terei resepi fiza nie :)

    ReplyDelete
  15. Menarik jugak tu... saya copy resepi, nak cuba bila ada kelapangan nanti...

    ReplyDelete
  16. Barangkali mentega / marjerin itu yang buatkan cekodok rangup ye Fiza.

    ReplyDelete
  17. GV baru lepas makan cekodok pisang kak. gambar cekodok pisang akak macam menu kat hotel five star giteww kak. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhaii jauh sangat tu sampai hotel 5 stars. Terima kasih ye.

      Delete
  18. mama masak pun letak butter.. mmg rangup di luar kan

    ReplyDelete
  19. fiza! shida failed lg buat cekodok ^_^ hahahaaa

    ReplyDelete
  20. sy kalu buat cekodok pisang ni semua pisang sy bedal. sbb sy x knl pisang kecuali pisang montel😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang camtu juga. samalah kita kurang kenal jenis pisang. hihi

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.