Kek Pisang Choco Chip

Sunday, September 27, 2020

Siapa suka kek pisang? Angkat tangan! Kek pisang ni senang je nak buat pun. Tak sesusah kek lain. Kek Pisang zaman dulu, tak ada campur chocolate chip (choco chip) bagai. 

Kek pisang zaman sekarang dah macam-macam variasi dah. Pilih je nak cuba resipi yang mana. Macam-macam resipi kek pisang ada dalam carian google. Antara resipi yang popular:
  • Resipi kek pisang coklat chip moist
  • Resipi kek pisang moist choc chip
  • Resipi kek pisang coklat sukatan cawan
  • Resipi kek pisang viral
  • Resipi kek pisang kukus
  • Resipi kek pisang coklat azlina ina
Nak  resipi kek pisang gebu boleh cuba cara Fiza. Suka kek pisang moist boleh cuba resipi kek pisang coklat cara Rahmat Baha

Cadangnya nak buat kek pisang coklat moist cara Rahmat Baha tu tapi bahan tak cukup. Buat je lah cara yang biasa buat. Janji jadi kek daripada pisang dibiarkan je. 

Jenuh la juga nak makan pisang banyak kan walaupun sesikat pisang. Kira banyak juga lah tu untuk kami berdua. Pishang juga nak menghabiskan.

Nak buat kek pun guna 3-4 biji pisang je pun. Selebihnya sempat jugalah nak buat cekodok dan goreng pisang. Sebenarnya kek pisang ni agak kering sebab terlebih masa bakar. Itulah berangan buat kerja apa entah sampai terlupa nak menjengah kek.

Kek Pisang Choco Chip

Tapi kering dia tak berpanjangan lah. Macam biasa lepas dah sejuk masukkan dalam bekas bertutup, esoknya kelembapan dia lebih baik lah daripada fresh from oven tu. 

Ikutkan suka makan lepas masak tu. Suka makan keras-keras atas tu. Tapi bila terlalu kering macam kurang best pulak. 

Suka buat kek pisang bukan je sebab mudah tapi suka betul bau kek pisang ni masa dekat dekat nak masak tu. Memang menggugat betul lah. Rasa tak sabar nak makan.

Kek Pisang Extra Choco Chip

Buat 2 loaf guna 2 bekas aluminium foil beralaskan brown parchment paper. Dapatlah buat minum petang sehari. 1 loaf lagi sempatlah bagi family rasa sebelum kehabisan.

Kek pisang ni mudah. That's why harga dia tak semahal kek lain. Level level kek butter marble lah. Ikut taste mak mak kita lebih suka kek yang klasik dengan rasa original. 

Selain letak choco chip, boleh letak chocolate rice, coklat bar masakan potong dadu, kismis, hirisan buah pisang dan buah kurma.

Mana satu pilihan di hati? 


18 comments

  1. Replies
    1. Syukur rasa dia sedap dan menjadi. Terima kasih kak Syaz!

      Delete
  2. menggoda..kalau nampak kat anak dara ammi mesti dia cakap nak. hantu kek pisang dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..lepas tu ammi kenalah membuatnya pulak kan. jarang budak budak suka kek pisang. selalu suka ambil part chocolate tu je.

      Delete
  3. photo #2 tu nmpk byk lg choco chips nya...betul, mak saya suka yg perisa original..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, slice lain. Mungkin taburan choco chip sebelah tu lebih banyak :)

      Delete
  4. Sedap jugak tu... bila agaknya nak mem baking nie...

    ReplyDelete
  5. Cantik kejadian ke pisang choco tu. Sedap ni dibuat minum petang dengan secawan kopi panas!

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. memang sedap shida. sesekali bolehlah. kalau selalu jemu juga lah :)

      Delete
  7. sy suka yg free or fiza hulurkan sepotong dua😆😆😆😆 sbb bab2 kek ni mmg failed teruk. markah E

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehhh..kalau dekat boleh hulur dah.
      pasni boleh cuba. Mana tahu dapat A+ terus.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.