Kenapa lah Panggil Bihun Goreng 'Bodoh'

Wednesday, September 02, 2020

Mee goreng bodoh, bihun goreng bodoh. Dulu pelik kenapalah orang panggil mee goreng bodoh bihun goreng bodoh. Kenapalah nak bodoh bodohkan mee goreng dan bihun goreng yang tak bersalah tu.

Lahhh rupanya perkataan 'bodoh' tu digunakan kalau masakan goreng tu tak letak apa apa rencah. Tak ada sayur, tak ada udang,ayam, sotong atau rencah lain. Goreng bodoh-bodoh macam tu je lah. Ke ada maksud bodoh yang lain?

Orang-orang dulu punya gelaran memang pelik-pelik. Sekarang melekat panggilan bodoh tu. Tak sampai hati nak panggil bihun goreng bodoh, boleh tukar jadi bihun goreng kosong. 

Tapi nasi goreng atau kuew teow goreng tanpa rencah tak pernah dengar pulak orang sebut kuew teow bodoh atau nasi goreng bodoh. 

Bihun Goreng Bodoh

Tak tergamak pulak nak panggil dia bodoh. Hahaha..Jarang nak masak bodoh-bodoh macam ni. Gara-gara kehabisan stok sayur, stok barang basah. Nak juga masak bihun goreng. Terpaksalah bodoh kan dia.

Kalau bihun tu boleh bersuara mesti dia nak cakap "Aku tak bodoh!". Well, masak goreng macam ni tanpa rencah lain pun rasa sedap. Lagi pulak kalau mak mak kita masak. Air tangan mak mana boleh lawan. 

Resipi Bihun Goreng Kosong/Bodoh

Blend bawang merah, bawang putih dan udang kering. Tumiskan sampai naik bau dan garing sikit. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram, kicap sikit, garam sikit dan gula sikit. Bila dah pecah minyak masukkan bihun yang dah lembut tu. Kacau rata dan siap!

Bihun tu nak cepat lembut rendam air panas je. Suka guna bihun Jasmeen. Bihun Faiza dia macam halus sangat, mudah hancur dan kurang serap rasa pada Fiza. 

Sebenarnya nak sedap kena letak udang kering. Kalau tidak rasa dia macam kurang sedap sikit. Tapi ada orang alergik dengan udang kering. 

Lagi satu Fiza suka buat telur dadar dan potong macam dalam gambar. Tak suka dicampur terus masa menggoreng. Kalau masak mee goreng atau nasi goreng baru campur sekali dengan telur.

Kiranya tak lah bodoh sangat bihun goreng bodoh bila ada telur dadar tu kan. 




33 comments

  1. Kat Melaka ada satu kedai jua mee goreng ni. Memang laku keras walau nama begitu.

    ReplyDelete
  2. orang dulu kalau makan 'benda kosong' ni dia nak istilahkan malas, tp 'yg terkena' balik adalah makanan. tak pasal2 makanan yg dikatakan bodoh pd hal yg membuat tu x ckp bahan hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasal je kan. kalau dari dulu cakap kosong je tak ada perkataan bodoh tu keluar. huhuh

      Delete
    2. kalau kosong tu sy rs diorg byk refer pd minuman. contoh, air kosong = air msk. teh kosong = teh o etc hehehe

      Delete
  3. tapi akak kadang2 cakap jugak gitu bila goreng nasi simple, ala bodo2 je...hahahhaha

    ReplyDelete
  4. Hahaha...saya pun selalu masak yang bodo bodo je... tengahari ni mi sop bodo...taruk ayam je.. bahan lain takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. mi sop bodo tak pernah dengar..okaylah tu gak janji ada rupa dan rasa sudah :)

      Delete
  5. Sedap jugak bihun bodo, eh kosong ni. Lapar-lapar pun kenyang. Kadang Aien suka letak ikan bilis yang dah dikisar tu sekali. Aum sikit rasanya Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, perut kenyang sudahlah kan. ikan bilis tak pernah cuba lagi. bolehlah cuba kalau tak ada stok udang kering.

      Delete
  6. Tapi kan, saya macam tak sampai hati nak panggil makanan 'bodoh' huhu.. kosong is better

    ReplyDelete
  7. lagi elok panggil bihun goreng kosong kot hehehehhe

    ReplyDelete
  8. Bodoh sebab nampak semata-mata minum atau mee.
    Kalau orang yang tidak suka sayur mesti suka mee jenis ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. semata-mata bahan tumis dan bahan utama je. Betul, yang tak suka sayur suka macam ni

      Delete
  9. akak pun suka letak udang kering.Blend sekali dengan cili dan bawang. Kalau tak de udang kering ikan bilis segenggem pun dah cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti nak cuba guna ikan bilis pulak lah. boleh compare rasa dia.tq kak share

      Delete
  10. Bodoh ke kosong ke sedap sagat goreng mee/bihun style gini. Confirm licin kalau masak bihun cenggini. Letak sayur pun anak-anak kais ketepi juga :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. part anak anak atau yang tak makan sayur tu lebih baiklah tak perlu letak kan. boleh elak membazir dan mudah mereka nak makan.

      Delete
  11. Walaupun bodoh tetap nampak menyelerakan :)

    ReplyDelete
  12. aah orang dedulu panggil gitu klo xletak pape dalam tu..tapi asa comei je dengar..bihun bodoh,nasi goreng bodoh..kikiki

    ReplyDelete
  13. perumpamaan orang dahulu-dahulu cenggitu ler hahahaaa... samalah kes macam ayam kesian ayam apa salah ayam.

    ReplyDelete
  14. kalau mama x panggil dia BODOH, mama panggil dia BODO. ada sedikit kemanjaan di situ supaya tak rasa bersalah hihi

    ReplyDelete
  15. nama je bodoh..tapi pada ammi yg simple gini rasanya lagi WINNNN

    ReplyDelete
  16. Tak sampai hati nak sebut bodoh sebab maknanya buruk sangat. Biasanya dengar orang sebut bodo-bodo gitu ... ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa disebut bodo-bodo je. tak nampak bodoh betul agaknya mungkin. betul, tak sampai hati gak nak panggil bodoh kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.