Kek Pisang Gebu

Friday, March 30, 2018

Bila pisang dah menunjukkan tanda-tanda nak ke tong sampah, Fiza mula fikirkan idea nak buat apa dengan pisang yang hampir masak ranum ni. Dah lah tak tahu apa jenis pisang dan tak tahu apa yang patut dibuat dengan pisang tu. Nak goreng ke? patut buat pengat ke? Buat cekodok ke? Last-last terfikir nak buat kek pisang je. Takdelah membazir, sekurang-kurangnya dah jadi kek ada yang makan nanti.

Tak tahu lah pisang apa yang mak mertua bawa. Ada tanya haritu, tapi lupa dah pisang apa namanya. Then, mak mertua beli pisang rastali. Katanya pisang rastali ni untuk makan macam tu je. Rasa dia macam kelat-kelat sikit tapi sedap! Disebabkan ada yang tak suka, so adik ipar request buat kek pisang je untuk habiskan pisang tu. So, kali kedua lah Fiza buat kek pisang menggunakan pisang rastali. Sebelum ni guna pisang apa pun tak tahu. Main hentam je.

Alhamdulillah semua kek pisang Fiza menjadi tapi paling sedap yang kali ketiga Fiza buat. Mungkin sebab Fiza tambahkan 1 lagi kuantiti pisang daripada resepi asal. Barulah dapat rasa pisang tu lebih sikit. Rupanya senang sangat buat kek pisang ni. Kalau tahu dari dulu buat kek pisang je. Tapi pisang apa yang paling sedap untuk dibuat kek ye? Ada siapa tahu? 


Resipi Kek Pisang 
Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung naik sendiri ( boleh juga guna tepung gandum)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
*satukan semua bahan di atas dan ayak dalam satu mangkuk

Bahan B
4 biji pisang rastali yang telah dilenyekkan 
1 cawan minyak 
1 cawan gula perang ( nak guna gula biasa pun boleh)
3 biji telur
*Blend dahulu telur dan gula sehingga sebati dan kembang, kemudian baru masukkan minyak dan akhir sekali blend pisang sekejap je untuk bagi sebati semua bahan.

Cara Penyediaanya
1. Setelah siap kedua dua bahan A dan bahan B, masukkan terus bahan B ke dalam bahan A. Kacau rata kedua-dua bahan sehingga sebati.
2. Tuangkan adunan kek ke dalam bekas aluminium foil tanpa perlu alas kertas minyak atau sapuan minyak. Boleh letak apa-apa topping sebagai hiasan (Chocolate chip, chocolate rice, almond slices, banana slices dan lain-lain lagi)
3. Bakar pada suhu 170c dalam masa 45 minit-1jam atau sampai kek masak. Nak tahu dah masak ke belum, cucuk kek dengan lidi. Kalau takde serpihan kek melekat dan lidi licin je maksudnya dah masak lah tu.
 4. Dah masak biarkan sejuk seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Mudah sangat resepi kek pisang ni! First time Fiza buat siap alas baking paper lagi. Tak cantik rupanya. Almaklumlah baru belajar. Mulanya letak chocolate chip je. Yang gambar atas tu paling latest Fiza buat dan paling gebu. Presentation pun sedikit cantik lah daripada mula-mula buat dulu. Upgrade sikit letak almond slices. Kek pisang ni paling sedap kalau tambah topping chocolate chip ni.

Untuk adunan yang Fiza buat ni dapatlah 2 biji kek dalam aluminium foil jenis macam ni. Kalau ikut loyang dapat sebiji kek lah.



Lepas ni kalau ada pisang lebih tu tak tahu nak buat apa, buat kek je la sebab mudah dan boleh simpan makan esok lusanya. Kenyang pun kenyang makan kek pisang ni. Paling umphh  bila ada chocolate chip tu. Melting in my mouth!

with love,
Sihatimerahjambu

6 comments

  1. cantik kejadian tq share resepi nanti miza nak try

    ReplyDelete
  2. cantik kejadian kek pisang ni fiza..mesti rasa pun sedap...nasib baik jauh..kalau tak dah suruh hantar..hhhe

    ReplyDelete
  3. Memang nampak gebu kejadian kek pisang ni. Akak satu family pun suka kek pisang. Sennag saja nak buat kan

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

LATEST PHOTOS ON INSTAGRAM @azhafizah.mdnor

All rights reserved Blog Sihatimerahjambu