Perkara-perkara Penting Bulan Ogos

Monday, August 03, 2020

Kejap je dah masuk bulan 8 yang disebut bulan Ogos. Ya, semua orang tahu bulan ogos. Sajalah nak ingatkan yang kita dah masuk bulan Ogos dah. Rasa macam kejap betul bulan Julai berlalu. Rasa macam baru je update entry untuk permulaan Julai haritu. Banyak perkara-perkara penting dalam bulan Ogos ni. 


Wajib pakai Face Mask Bermula 1 Ogos

Nak ingatkan juga lah bermula 1 Ogos pemakaian pelitup muka (face mask) diwajibkan di pakai di tempat awam dan di tempat pengakutan awam yang sesak. Ingat tu! Jangan buat buat lupa pulak. Muka anda berharga RM1000 sekarang.

Kuanratin Wajib Di Sarawak 1-14 Ogos

Sesiapa yang datang ke Sarawak dari Semenanjung dan Sabah akan dikuanratin wajib di hotel berkuatkuasa bermula 1 Ogos sehingga 14 Ogos setibanya di Sarawak. 

Permohonan Lanjutan Moratorium 7 Ogos

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Moratorium dilanjutkan. Permohonan lanjutan moratorium boleh dibuat bermula 7 Ogos. Peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan moratorium. 

Sempadan Malaysia-Singapura Dibuka 17 Ogos

Apa yang merisaukan 17 Ogos nanti sempadan Malaysia-Singapura akan dibuka. Sedangkan sekarang pertambahan kes pun dah merisaukan, apatah lagi bila sempadan dibuka nanti. Risau tak berkesudahan dibuatnya.

7th Years Wedding Anniversary 23 Ogos

Pejam celik pejam celik juga dah 7 tahun usia perkahwinan Fiza dan husband. Walaupun masih belum ada rezeki anak lagi. Masih lagi mampu tersenyum dengan kata kata yang mengguris jiwa. Hati wanita mana yang tak koyak bila dipersoalkan tentang anak.

Anak bukan pengukur kebahagiaan suami isteri. Bersyukur lah bahagia berdua bersama dan boleh feeling honeymoon setiap masa. Tak nak teruskan cakap pasal anak sebab hati tisu mudah koyak. Tanpa sedar air mata mengalir laju nanti. 

Usia makin bertambah, entah sempat entah tidak. Semoga Allah kurniakan kami zuriat pada masa yang tepat. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami. Percaya pada perancangan Allah kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.

7 tahun bukanlah waktu yang singkat, ikutkan dah boleh ada 2-3 orang anak dah. Siapalah kita nak tentukan soal rezeki ni. Mulut orang kita tak boleh nak kawal. Nak mengata pun mengatalah. Ikut suka lah...

Tahun ni kita makan sepotong kek je lah, sambutan 7th years wedding anniversary paling simple. Nak bercuti pun kena fikirkan banyak kali dengan pertambahan kes Covid-19 yang semakin merisaukan ni. Hold dulu. Next time okay kalau ada rezeki dan kena pada masanya. Nak merancang apa pun jadi serba salah dibuatnya.

Hari Kemerdekaan 31 Ogos

Sambutan hari merdeka ke 63 dalam suasana new normal. Tema tahu ni adalah 'Malaysia Prihatin'. Logo pula berbentuk hati dengan warna jalur gemilang yang melambangkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum.


Life is like a book.
Some chapter are sad,
some are happy
and some are exciting.
But if you never turn the page,
you will never know
what the next chapter holds.
Apa lagi perkara perkara yang penting bulan Ogos ni? Kotlah ada yang tertinggal. Kita masih lagi berjuang melawan pandemik Covid-19. Masih lagi dalam dalam new normal. Jadi janganlah lupa nak amalkan SOP yang telah ditetapkan. #kitajagakita

40 comments

  1. Malas rasa hendak keluar rumah.
    Selagi seluruh dunia tak surut bilangan Covid-19, selagi itu tidak rasa legal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. tak ada benda penting, duduk rumah je lah kita :)

      Delete
  2. Lupa hendak tulis.
    Saya berdoa semoga Fiza dikurniakan cahaya mata. Amin. Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. Disebabkan kubit ni kejap naik kejap turun, ntah malas benar nak keluar. haha

    Congratz kak dah 7 tahun ,semoga dengan nombor kegemaran ni akak akan dikurniakan zuriat untuk mwarnai kehidupan akak dan suami. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn..Terima kasih doakan.
      eh eh macam tahu favourite number kita :)

      Delete
  4. Ogos, saya kena bekerja sepenuhnya dari ofis semula..

    ReplyDelete
  5. Cepat je dah Ogos.. Bulan ni memang banyak benda2 best la bagi akak. Harijadi mak, hari kebangsaan, anak-anak cuti seminggu..heheh..

    ReplyDelete
  6. pejam celik saja kan da bulan 8.. tahun 2020 ni pantas betul berlalu..
    huurm.. semoga kita semua kekal sentiasa dilindungiNya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berlalu begitu saja disebabkan pandemik ni tanpa kita sedar dah august dah

      Delete
  7. happy anniversary.....ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...

    ReplyDelete
  8. bulan 12 nanti, sama lah usia perkahwinan akak dan suami dengan fiza dan suami..dan sama juga belum ada rezeki anak...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita dikurniakan rezeki zuriat satu hari nanti dan Allah makbulkan doa kita. Aaminnn...

      Delete
  9. KEJAP JE PEJAM CELIK PEJAM PELIK DAH BULAN OGOS. MY EXAM IS COMING AROUND

    ReplyDelete
  10. Tiba-tiba sudah masuk bulan Ogos pula!
    Rasa macam cepat sangat masa berlalu!

    ReplyDelete
  11. Fiza..Happy Anyversary fiza dan husben.. Inshaa Allah shida doakan apa yg fiza hajati dimakbulkan..semoga fiza sentiasa sihat bahagia bersama suami tcinta..shida faham fiza :)

    ReplyDelete
  12. Waaahhh mau anniversary!
    Happy anniversary ya Fiza, semoga bahagia, penuh keberkahan dan selalu berjodoh hingga jannah, aamiin ya Allah.

    Banyak sekali ya hal-hal penting di bulan Ogos ini :)

    ReplyDelete
  13. heppi anniversary fiza n suami tu ye.,
    psl anak kenapa x try IVF yg dato siti buat tuuuh., ?

    ReplyDelete
  14. Risau bila pintu sempadan di buka. Harap wabak ni dpt dibendung lah nanti.

    By the way happy anniversary fiza dan suami.semoga berbahagia selalu.insyaAllah mudah2 dikurnikan rezeki anak nanti.amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..terima kasih kak atas doanya dan sama kita doa semoga wabak ni berakhir.

      Delete
  15. happy anniversary...

    biasa laa tu mulut org kan... ms bujang tanya bla nk kawen. bla dah kawen tanya psl anak. dah ada anak tanya bla nak tambah lg... ishhh pekakkan je telinga walaupun perit utk didengar...

    btw, bln ni kazen kawen. since mak diorg dah x ada lg so kitorg ni laa sedara mara yg akan tlg...tp rs mcm 1 benda x prepare lg hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. kita pekakkan telinga saje lah. Alhamdulillah sedara mara membantu memeriahkan majlis. kena mulakan cepat tu.semoga segala urusan dipermudahkan. Aminn

      Delete
  16. new normal. skrg ni nak keluar pun kene fikir berkali-kali

    ReplyDelete
  17. kan..tahun ni banyak dah berubah sebab virus tu..anibesari akak pun hujung bulan ogos jugak..sama dengan fiza usianya..7 tahun..

    takpa..jangan givap tau..insyaAllah bila dah tiba saatnya Allah akan kirimkan si kecil permata hati untuk fiza dan suami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..semoga Allah makbulkan doa.

      eh sama pulak anniversary ke 7 tahun ni. Happy anniversary kak. semoga bahagia sampai syurga. Aamin

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.