Tabung 52 Minggu Untuk Tahun 2017



Tak lama lagi nak masuk tahun baru 2017. Dalam 2 minggu lebih je lagi. Sebelum masuk tahun 2017 kenalah ada perancangan untuk tahun 2017. Disebabkan taraf kos hidup makin tinggi disebabkan kenaikan harga sana sini. Kenalah kita menabung untuk kegunaan masa sesak. Kalau guna duit habis tak menyimpan, takde simpanan nanti diri sendiri juga yang susah. 

kalau tak boleh menabung banyak menabung sikit-sikit. Boleh ikut cara menabung 52 minggu yang Fiza jumpa di facebook hasil perkongsian Adi Alias. Boleh lah pratikkan cara menabung macam ni. 


Dari apa yang Fiza faham, menabung setiap hari jumaat bermula jumaat pertama tahun 2017 dimulakan dengan menabung RM1. Jumaat kedua jumlah tabung bertambah, RM2 dan seterusnya. Setiap tahun jumlah tabungan sebanyak RM1378. Kira banyak juga jumlahnya tu. Dah menabung tu jangan lupa masukkan dalam bank. Selamat menabung!
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. kawan ofis ada buat tabungan mcm ni tapi ramai tak bertahan sebab payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab hujung-hujung kena menabung banyak kot. kdg-kdg emergency kena guna kan..apepun disiplin kena kuat :)

      Delete
  2. busyra selalu buat. lepas tu kan bila sesak ambik. hehe.. lepas ni kena azam betul2 dan beli tabung tak boleh buka. bila dah penuh pecahkan ja. haha tq akak for the tips.

    ReplyDelete
  3. wah..boleh try jgk nih..disiplin penting kalau nak menabung nih. InshaAllah nak buat jgk hehe.

    ReplyDelete
  4. Menarik ni fiza.. tapi yang tak laratnya di akhir2 tahun tu.. hahaha.. banyak tu nak menabung bulan akhir tu.,.. setiap minggu pulak tu..

    ReplyDelete
  5. nice
    boleh cuba juga ni, susah sgt nak menabung skrg.. huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.