Selamat Menghabiskan Cuti Long Long Weekend

Friday, December 09, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Wahhh..ada yang dah sampai di destinasi yang dituju. Ada yang balik kampung, ada yang pergi bercuti. Seronok tu! Mentang-mentang cuti long long weekend kan semua pakat balik kampung dan bercuti. Eh ada juga yang bekerja. Tak semua orang bercuti panjang. Paling lama cuti pun sampai hari selasa kan?


Fiza? Menghabiskan long weekend kat kampung je. Kebetulan family nak buat kenduri kesyukuran sikit. Paling special kenduri kali ni sebab menu dia yang agak rare. Masak daging rusa dan kijang katanya. Tak tahulah nak makan ke tidak sebab kamiorang suami isteri tak makan daging sangat. Boleh tu boleh makan cuma tak makan sangat. Harap kenduri nanti berjalan dengan lancar. Jemputan hanya orang-orang masjid dan orang kampung. Buat kenduri kesyukuran biasa-biasa je. 


Ahad tu dapatlah berehat lepas menguruskan kenduri. Isnin pula sambung cuti rehat. Seronok kan rancang itu ini tapi okaylah dapat spend masa bercuti dengan family. Bukan senang semua adik beradik nak berkumpul. Itupun rasanya ada yang tak dapat balik kampung.

Korang ke mana pula? Semoga perjalanan korang selamat pergi dan balik. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Kita pulun habiskan cuti long weekend. Lepas tu pulun pula settlekan kerja yang berlambak tak siap masa cuti tu. kui kui kui...

Selamat Bercuti!
With Love, Sihatimerahjambu

6 comments

  1. Yang bekerja tuh sayalah..Ya ampun! Tuhan jer tahu betapa malasnya nak g kerja besok! huwaa..apa pon selamat bercuti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe..nanti boleh apply cuti kan..cuti cuti ni jalan lengang sikit

      Delete
  2. Best dpt bercuti kat kg.. Lea esok baru balik umah mak..

    ReplyDelete
  3. Salam singgah sini dik Fiza....selamat bercuti-cuti...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.