Pelamin Kahwin Tema Hello Kitty


Ye, setiap orang nakkan kelainan dalam majlis perkahwinan masing-masing. Bagi pengantin mestilah puas hati kalau dapat merealisasikan majlis perkahwinan impian mereka untuk mereka ingati untuk kenangan terindah. Yelah, orang kata kahwin sekali je haruslah kena buat yang terbaik kan. Bagi tetamu pulak jangan nak bersepah kan mulut komplen itu ini sebab sebagai tetamu yang diundang kenalah mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin baru. Itulah yang sebaiknya.

Kalau orang dulu kahwin takde tema-tema bagai. Sekarang ni dah bermacam tema majlis perkahwinan dah sampai rambang mata bakal pengantin nak buat pilihan. Susah nak buat pilihan sebab tak tahu nak ikut citarasa sendiri ke nak ikut cadangan family ke nak ikut cadangan bridal ke. Banyak benda yang perlu dipertimbangkan sebenarnya. Tapi kalau dah minat sesuatu tu tak payah buang masa nak timbang dah, orang lain cakap apa pun kita tetap dia kesukaan kita kan. Betul tak? Apapun buatlah ikut kesukaan sendiri. Diri sendiri yang nak kahwin pun bukan orang lain.

Contohnya pengantin ni pilih pelamin kahwin tema hello kitty. Jarang ada pelamin kahwin Hello kitty ni. Kalau tanya Fiza lah, pada Fiza okay je. Nampak comel. Lagipun padanan soft blue dan pink pun nampak cantik dan sepadan. Bila dua warna ni bergabung dan ditambah pula dengan kartun hello kitty yang comel tu bertambah comel.


Jangan kata pengantin lelaki redha je dengan pilihan isteri. Mana tahu dia sendiri pun suka dengan pilihan tema pelamin hello kitty ni kan. Sepakat gitu.


Siap ada persalinan warna biru dan pink lagi tu.





Kek pun nak tema hello kitty gak. Betul-betul kipas susah nak mati hello kitty ni. Kalau dah minat kan. Agak-agak musim orang kahwin ada jumpa tak pelamin gini, nak ambil gambar.


kredit foto : Butik hati ke hati
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. alahai comeynya. mesti budak2 suka ni. mak bapak budak pun suka gak ;)

    ReplyDelete
  2. rasa cam dah tengok dah gambar ni tapi dah lupa dah kat mana

    ReplyDelete
  3. suami ok takpela..paham ape isteri nak..hehee..comey je

    ReplyDelete
  4. cute kan, ni buatan butik hati ke hati.. unik tema dorang

    ReplyDelete
  5. kalau area perak ambik tak kalau sy buat tempahan..pm no pliz

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hanya berkongsi gambar pelamin, tidak ada kena mengena dengan tempahan. maaf

      Delete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.