Kenduri Doa Selamat Kampung Style


Alhamdulillah selesai majlis kenduri doa selamat kat kampung. Semuanya berjalan dengan baik. Fuhh..penat juga ambil bahagian menyiapkan semua persiapan ni. Persiapan keluarga sendiri je la. Yang masak, Fiza, kakak, mak, abah, abang, husband dan anak buah. Yang lain sediakan untuk goodies bag. Fuhhh penat kali ni memasak sebab tak ramai yang ada. Kenduri doa selamat kecil-kecilan untuk orang masjid.

Juadah paling istimewa dan rare adalah daging rusa masak lemak cili api yang sebelah kanan tu. Yang gambar focus ni lauk udang masak cili api tambah sayur rebung

Masak cili api lagi?? Ye, cuma bahannya berbeza. Yang ni lauk istimewa juga lauk ikan baung masak lemak cili api


Udang goreng berlada

Ayam goreng mamak dari Fiza. Jenuh nak menggoreng ayam yang banyak. Blur pulak haihh gambar ni.

Kalau kenduri kat kampung kena ada ulam-ulaman petai dan jering. Sambal belacan tu wajib ada. Fiza yang buat!.


Juadah tepi kuih koci, kek pandan dan buah tembikai. Untuk goodies bag, ada lemang, serunding, bunga telur, bahulu dan air kotak.

Bila kenduri kat kampung ni kenalah duduk bersila kat bawah. Barulah namanya kampung style. Siapkan terus juadah sebelum tetamu datang.


Orang-orang masjid yang dah mula datang.

Majlis doa selamat yang ringkas. Meriah dengan juadah. Mana yang lebih bagi tetamu dan sedara bawak balik. Panjang-panjangkan sedekah. Paling suka bila ada kenduri sebab meriah  ramai-ramai balik kampung dan macam-macam makanan ada. 

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.