Dekorasi Bilik Ceria Warna Warni


Tak sudah-sudah dengan entri deko-deko rumah ye Puan Fiza? Haruslah kan sebab semua orang nak duduk di rumah yang kemas, cantik, bersih dan selesa. Barulah home sweet home gitu. Tengok dekorasi rumah orang lain, secara tak lansung semangat sikit nak jadikan rumah sendiri cantik. Jadikan dekorasi rumah orang lain sebagai sumber inspirasi. Dekorasi ikut bajet masing-masing. Bukan ikut bajet orang tau.

Fiza ni pantang nampak dekorasi cantik, mesti nak simpan dan mana yang the best Fiza akan kongsikan kat blog. Senang nak buat rujukan kalau nak mendeko rumah nanti. Dah banyak-banyak jadi rambang mata pulak dah. Terpandang dekorasi bilik ceria warna warni ni nampak menarik sangat. Kalau tak tahu nak pilih tema warna apa untuk bilik, pilih je yang warna warni macam ni. Pun sedap mata memandang. 



Nampak ceria bila dekorasi bilik berwarna warni ni. Pada Fiza, kalau nak bilik ceria macam ni cat dinding mesti warna putih atau warna terang. Nampaklah ceria dan lebih luas. Contohnya macam dalam semua gambar ni. Dinding mesti warna terang.

Yang ada anak kecil tu boleh sediakan satu bilik untuk bermain dan belajar. Tentu seronok kalau ada bilik khas yang ceria macam ni. Mainan pun tak bersepah tempat lain. Kerja mengemas pun kat sini je. Senang kerja juga kan.
Kredit foto: syahida jaafar
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Adoi.. memang best kalau boleh deko begini.. Tak sabar nak duduk rumah sendiri..

    ReplyDelete
  2. Kemas sangat bilik. Saya pun suka. Tak sabar nak ada rumah sendiri ­čśü

    ReplyDelete
  3. alangkah bestnya kalau ada rumah besar boleh sediakan bilik mainan mcm ni.­čśŹ­čśŹ

    ReplyDelete
  4. kemasnyaa!ada anak kecik ni payah betul nak mengemas.

    ReplyDelete
  5. bilik ceria mcm ni sesuai bilik anak-anak kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.