Kad Raya Dari Blogger Shida Radzuan

Monday, June 27, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Kesibukan dua tiga hari ni untuk menyiapkan tempahan sampul duit raya hipster sampai tak sempat nak update blog. Kerja -kerja design pun masih perlu diteruskan juga. Masing-masing tempah last minit, memang boleh buat penat. Mana yang sempat buat tu Fiza ambil tempahan, mana tak sempat memang tak dapatlah. Maaflah terpaksa mengecewakan.

Lagi beberapa hari nak raya, masing-masing pulun baru nak tempah itu ini. Kalau last minit memang ramai yang tak ambil tempahan dah. Jadi, tahun depan kalau ada yang nak tempah design dan sampul duit raya hipster tu kenalah tempah awal. Dok sembang pasal raya, minggu lepas dapat kad raya dari blogger Shida Radzuan. Kad raya yang wajib dapat setiap tahun ni. 


Kad raya yang juga dari hasil kerja design Fiza ni. Bertambahlah nilai kad raya ni buat Fiza. Tentang design Fiza tak nak cerita dah sebab haritu Fiza dah update tentang design kad raya blogger Shida Radzuan ni. Tahun ni, macam ni je satu-satunya kad raya yang Fiza dapat. Fiza pun tak dapt memberi kad raya tahun ni. Post e-card je la nanti nampaknya. Pun boleh kan tanda ingatan. Apapun terima kasih Shida sebab bagi key chain selipar cameron highlands tu juga. Semoga murah rezeki Shida. Aaminnn...

www.duniashida.com

With Love, Sihatimerahjambu

6 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.