Header Ads

Breaking News
recent

Design Kad raya Yana Yani

Sunyi sepi sikit blog Sihatimerahjambu bulan puasa ni. Ikutkan hati nak update je ikut jadual macam biasa dan konsisten tapi tak mampu disebabkan kekangan idea dan masa. Lagipun bulan puasa ni kena marathon siapkan tempahan design dan printing yang ada. Awal bulan bulan pun dah sibuk. Pertengahan bulan terpaksa tutup tempahan sebab nak berehat pulak. Dan untuk printing tutup 2 minggu sebelum raya takut nanti tak sempat siap dan sampai selepas raya pulak. Kalau Fiza rasa mampu nak ambil tempahan, baru Fiza ambil . Kalau tak, maaf sangat² terpaksa mengecewakan korang.

Sebelum bulan puasa ada beberapa blogger dah tempah awal kad raya yang mana nak print tu. Lebih senang macam tu sebab takde la last minit nak buat kerja kan. Silap-silap awal bulan puasa dah boleh agihkan kad raya. Salah satu tempahan yang dah siap design kad raya blogger Yana Yani.


Design kad raya Yana Yani agak berbeza dengan kad raya lain sebab temanya. Motif yang ingin di sampaikan dalam kad raya tu walaupun kita bergembira sambut raya jangan dilupakan saudara islam kita di Syria. Gambar gambar illustration Fiza ambil dari cariaan google. Kredit untuk mereka dan Fiza masukkan dalam design kad raya ni. Susun dan jadi nampak lebih menarik. Agak menjadi rasanya. Korang rasa okay tak?

Terima kasih order!
www.iamaproudmama.blogspot.my

5 comments:

  1. cantik betuk fiza buat..takpe..walaupun tak update traffic sentiasa tinggi kan..hehee..satu hari satu entry pun ok fiza..

    ReplyDelete
  2. Semoga business sis terus maju :) Salam Ramadhan Kareem :)

    ReplyDelete
  3. bila laa agknya nk ada rezeki temph ngn fiza nii

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa fizah. nice ;)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.