Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Brownies, Puding Roti, Lasagna Frozen Murah dan Sedap!


Tak pasal-pasal kena kecam pagi-pagi ni sebab upload gambar makanan. Makanan sedap pulak tu. Bertabahlah menahan nafsu makan ye. Itulah salah satu cabaran berpuasa. Post gambar makanan bukan berniat untuk buat korang kecur air liur tapi niat untuk kongsikan maklumat kepada peminat makanan yang dikongsikan.

Bulan puasa ni, kalau ada yang teringin nak makan brownies, puding roti dan lasagna frozen yang super sedap dan murah. Fiza nak recommend kat korang. Tapi ini untuk orang Negeri Sembilan area Seremban, Senawang, Rasah, Rahang, Sikamat, Ampangan dan Seremban 2. Biasanya kalau bukan bulan Ramadhan, delivery untuk lunch sahaja. Bulan puasa pun ada juga delivery tapi waktu petang lah sebelum berbuka puasa. Kalau malas keluar nak beli juadah berbuka tu, order je senang. Boleh hantar terus sampai depan rumah. Kalau teringin pun, order je.
Fiza paling teringin nak makan brownies kedut. Nak buat sendiri, kemalasan tu terlebih pulak. Lagi-lagi kalau nak makan berdua je. Lagipun bercinta nak beli bahan-bahan tu. Kalau dah malas, macam-macam alasan ada kan. hehe..sesekali malas, kenapa tak boleh pulak kan. Makanya, Fiza order je mini pack brownies ni. Cukuplah buat lepas tekak yang teringin tu.

Brownies dia memang menarik betul dengan topping dia yang macam-macam tu. Sedap pada rupa sedap pada rasa juga sebab brownies dia lembut, chewy, rasa coklat yang sedap, tak manis sangat (secukup rasa) dan memang sedap! 

Alang-alang dah order brownies, order juga puding roti yang memang favourite husband Fiza. Sebelum ni memang dah rasa puding roti oreo yang sedap ni sebab selalu order lunchbox Lasagna. Disebabkan sedap, so repeat order. 


Okay, last ni! Lasagna, memang favourite Fiza. Antara banyak-banyak lasagna yang pernah Fiza rasa semuanya tak menepati citarasa. Yang ni juga menepati citarasa dan lebih murah berbanding yang lain. Dah banyak kali order pun tak pernah mengecewakan. Tak pernah tak sedap.

Paling teruja sebab sekarang dah ada lasagna frozen. Maksudnya boleh order anytime je. Kalau ada stoklah kan. Ini antara yang terbaru dalam percubaan katanya. So semalam order brownies dan puding roti dapat percubaan lasagna frozen ni. Alhamdulillah, rezeki ramadhan. 

Tips untuk masak lasagna frozen : Sebelum nak bakar, keluarkan lasagna dari freeze dan biarkan selama 20 minit. Kemudian baru bakar. Kalau menggunakan microwave bakar dalam 8 ke 10 minit. Kalau menggunakan Oven gunakan suhu 170degree dalam masa 15 minit guna api bawah and dlm 5 minit guna api atas bawah. Kalau jenis microwave dan oven tak sama, boleh gunakan kaedah lebih kurang je.

Sebelum di bakar

Selepas di bakar

Melting betul tengok lasagna ni. Rasa super sedap, tak kedekut daging dan cheese. Sebab tu sedap dan berkali-kali order. Tak cari lain dah. Dah ada yang frozen boleh buat stok letak kat rumah kan. Anytime nak makan, bakar je.


Harga pun lebih murah dan rasa pun sedap. Itu yang sangat puas hati. Semoga murah rezeki yang memasak dan menjual.

Harga 
Mini pack brownies : RM7.00 (Nak order full pack kena tanya owner)
Puding roti : RM5.00
Lasagna frozen : Harga bawah RM15. Di sebabkan ni masih percubaan, harga untuk lasagna frozen Fiza tak pasti, kena tanya owner. Lasagna yang sebelum ni Fiza order lunchbox ada dessert dan appetizer cuma RM12. Selain main course lasagna ada juga spaghetti bolognese dan carbonara. Rujuk link bawah ni.

Okay, dah penat cerita. So kalau sesiapa nak order online dan hantar sampai pintu rumah. Boleh order dengan D' Niena Kitchen
untuk orang Negeri Sembilan area Seremban, Senawang, Rasah, Rahang, Sikamat, Ampangan dan Seremban 2 je tau. Luar dari tu, Fiza tak jamin dapat  order.



Post a Comment

11 Comments

  1. wow...memang nampak menyelerakan lasagna tu...

    ReplyDelete
  2. hehehe taknak kecam fiza. cuma nak cakap terliur je hahaha

    ReplyDelete
  3. wow nampak sedap tu.. selamat berpuasa fiza

    ReplyDelete
  4. wowwww..sedapnyee..jauh la pulakk :(

    ReplyDelete
  5. MashaAllah! Sedapnya kak. Terliur dibuatnya.. Kalau dekat dah lama pergi beli..

    ReplyDelete
  6. lom sempat order lagi dgn dniena ni, fiza.
    brownies tu sungguh la happening rupa paras dia :)

    ReplyDelete
  7. kalau dekat akak dah order dah..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.