Design Kad Raya Shida Radzuan

Wednesday, June 08, 2016


Sekejap je dah masuk ramadhan ketiga. Walaupun raya lambat lagi tapi persiapan raya masing-masing mesti dah siap awal-awal kan. Bercakap pasal raya, zaman kanak-kanak dulu dah sibuk beli kad raya dan bagi pada kawan-kawan. Paling seronok kalau dapat kad raya lebih banyak dari orang lain. Esoknya nak raya sibuk gantung kad raya yang dapat tu. Memang seronok kalau mengimbas kembali zaman dulu.

Zaman sekarang, pemberian kad raya makin dilupakan. Ramai yang memilih untuk hantar E-card sahaja. Tapi kad raya zaman sekarang lebih istimewa sebab boleh buat design yang kita suka dan limited edition. Itu yang menarik.

Tahun ni Fiza ada terima tempahan design kad raya lebih awal sebelum puasa. Bagi mereka yang nak print memang senang buat awal. So bulan puasa dah siap dan boleh hantar pada kawan-kawan. Salah satu design yang Fiza buat, kad raya blogger Shida Radzuan.


Kalau design untuk shida tak sah takde biru. Memang peminat tegar biru Shida ni. Untuk design kad raya Shida Fiza buat minimalist design. Disesuaikan dengan doodle artwork Nurdani dan juga maklumat yang diberikan Shida. Maka, terhasillah design seperti di atas.

Terima kasih Shida!
www.duniashida.com

8 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.