Cara Buat Air Asam Boi Mudah

Tekak terasa nak minum air asam boi pulak pepetang ni. So jomlah kita buat air asam boi dengan cara mudah. Buat lebih sikit untuk buat stok. Senang kalau nak minum nanti kan.

cara-buat-air-asam-boi-mudah

Bahan Bahan Air Asam Boi

Limau kasturi
Asam Boi
Air
Gula

Cara Buat Air Asam Boi
1. Basuh buah limau kasturi sebersihnya.
2. Potong hujung limau kasturi dan sumbatkan asam boi

cara-buat-air-asam-boi-mudah

3. Masukkan gula dan air ke dalam periuk. Sukatan gula ikut citasa. Kalau nak pati/jus air asam boi ni pekat sikit, letaklah gula lebih pun boleh. Bila bancuh nanti letak air banyak sikit.
cara-buat-air-asam-boi-mudah

4. Kemudian masukkan limau kasturi yang telah disumbatkan asam boi tadi ke dalam periuk.
cara-buat-air-asam-boi-mudah

5. Masak sehingga warna air bertukar menjadi coklat kehitaman. Macam Fiza buat ni tak pekat sangat. Seeloknya buat sampai warna jadi hitam. Baru kaw!
cara-buat-air-asam-boi-mudah

6. Dah masak, sejukkan dan masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Siap sudah jus/pati asam boi. Kalau nak minum tu cuma amek sebijik limau dan asam boi dan masukkan pati sikit. Kemudian tambah air dan bancuh macam biasa. Senang sangat kan! Nak lagi sedap tambahlah ais :)
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.