Cara Penjimatan Elektrik Pada Waktu Malam

Ini boleh dikatakan cara yang bijak untuk penjimatan elektrik pada waktu malam. Memandangkan elektrik banyak digunakan pada PC yang hampir ON 24 jam dan rehat masa tuannya tidur je, memang perlu jimat menggunakan elektrik. TV memang dah jimat sebab sebulan sekali baru ON kot..

Caranya mudah je dengan menggunakan lilin. Tapi gunakan lilin dengan cara yang betul dan selamat ye. Pastikan tempat letak lilin tu selamat untuk digunakan sepanjang lilin menyala. Lagi selamat jika gunakan yang jenis bertutup tu.

Cara Fiza pula gunakan lilin jenis berbau aromateraphy tu..Konon nak bagi lagi selesa tidur dengan haruman mewangi tu sesambil merehatkan badan tu kan. Amek mood ngantok juga tu. Salah satu cara untuk releasekan stress juga.

Pilihan Fiza adalah SINNLIG Scented tealight IKEA ni. Cukup untuk stok sebulan ni sehari satu. Harga pun mampu milik beli sementara harga rendah RM7.90 sebelum ni harganya RM9.90. 



Tealight holder Fiza pilih jenis macam cawan ni namanya GALEJ tealight holder-RM3.90. Senang nak letak dan keluarkan pun. Pasang kipas pun boleh elakkan dari terpadam sebab agak kedalam sikit. Kalau ada something masuk terbakar pun rasanya terbakar dalam tu je. Kalau jenis macam ni kenalah letakkan di tempat yang selamat dan tidak berdekatan dengan benda benda yang mudah terbakar.


Selain bau yang haru mewangi tu pencahayaan pun ala ala romantic je dalam bilik. Sebulan Fiza guna bau full blossom lilac dan sekarang guna bau apple pulak. Semua bau pun wangi sesangat. Memang lepas ni nak borong semua bau..sebulan satu bau gitu. 


Sebulan lepas guna lilin ni bil elektrik berkurang dalam berbelas ringgit jugaklah. Kira dah berjimat lah tu kan. Selain berjimat scented tealight boleh buat perhiasan juga dan perfume dalam rumah. Kalau letak kat bilik tu memang berbau wangi even belum dinyalakan api pun. Baguskan!

Kalau tak silap pernah nampak jugak scented tealight macam ni kat Mr. DIY. 
with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Jimat selagi boleh jimat kan,...
    good idea!

    ReplyDelete
  2. Good sharing..tips ni la yang ain cari.sebelum ni nak cari lampu tidur.yang ni lebih ekonomi.thanks a lot

    ReplyDelete
  3. sekarang memang kena pandai2 la nak berjimat..ada banyak cara ..boleh pilih ikut keselesaan kita,..

    ReplyDelete
  4. Mmg jimat...klu dh de ank ni kna fikir byk kali juga... Apa2 pun nice tips...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada anak boleh letakkan di tempat tinggi sikit..safety first :)

      Delete
  5. cantik. dulu ada jugak niat nak guna. hehe :D

    ReplyDelete
  6. bestnya, ada elemen romantuk skali..
    jauh nk ke ikea nk membeli tuh... huhu..

    ReplyDelete
  7. pasang lilin...auww romantik gitu...ada aroma lagi..suka2..:)

    ReplyDelete
  8. terbaik lah...suka...dulu pun berangan2 nak guna..

    ReplyDelete
  9. Hehehe dapat jugak berjimat bila guna lilin ni ..

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni kak lya pon suka pasang yg fiza bg tu..ermmm wangi sgt bau epal ..

    ReplyDelete
  11. dulu suka guna lilin ni dalam bilik, banyak jual at watson.. lilin pn wangi

    ReplyDelete
  12. boleh membangkitkan aura romantik bila berdua ni fiza..nanti dah ada anak2 payah pulak nak guna lilin ni..rumah pun wangi kan

    ReplyDelete
  13. Jom sama2 jimatkan elektrik secaa berhemah

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.