Ayam Goreng Berlada

Lewat sikit lunch hari ni. Disebabkan dah lewat kita masak satu lauk je la. Sayur pulak hidangkan salad segar je. Barulah complete makan nasi kalau ada sayur kan. Biasanya memang selalu jugak masak Ayam Goreng Berlada ni. Lagi sedap masak pedas². Barulah berlada namanya.
Nak masak pun mudah je. Goreng ayam dulu. Tumis bawang besar,bawang putih,cili api dan kunyit yang dah siap blend. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan juga serai yang dititik. Dah garing sikit masukkan asam keping dan juga garam. Last sekali masukkan ayam yang dah digoreng tadi dan tambahkan air sikit. Bila dah kering sikit/kurang air tutup api. Siap untuk dihidang. Mudah je pun.

Makan panas² dengan nasi panas baru sedap. Bertambah nasi tu..hihi.Eh bukan Fiza. Encik hubby la :)

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Assalamualaikum fiza, wahhh terliur sheila. nanti nak masak ni.. fav uuuhhh~~~

    ReplyDelete
  2. sedapnya....akak selalu buat boh daun ketumbar ..lepas tu ada sup daging..wah..lapar pulak..,

    ReplyDelete
  3. Mavelesssss ! Nanti nak try buat la untuk sendiri makan sbb abah mak tak suka pedas. hehe

    ReplyDelete
  4. kakkk fiza. dapnye emm. Kita lapo ni ahaaha

    ReplyDelete
  5. fav akak ni...dapat guna cili api kampung lagi walla...kan fiza?

    ReplyDelete
  6. sedapnyaa. nani pun selalu jugak masak macam ni :D

    ReplyDelete
  7. senang jer... tempat kami panggil masak sambal tu...

    salam kenal

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.