Resepi Sizzling Yee Mee Mudah

Update Resepi Sizzling Yee Mee Mudah kejap sebelum tidur.Late dinner for us! Disebabkan dah lewat so kena lah masak benda yang mudah di masak "Sizzling Yee Mee".Dengan kuasa pemanggang ajaib yang ada lebih memudahkan kerja seorang surirumah.Betul tak?

Tak perlu nak pergi kedai dah.Masak je kat rumah.Bahan pun simple sangat.


Bahan-bahan :
[Untuk 2-3 orang]
2 yee mee sanggul (gulung)
4 ulas bawang putih dicincang halus
4 biji cendawan shitake[kering]- rendam sehingga  lembut dan potong 4.Nak masuk lebih pun boleh
Isi Ayam dipotong sederhana kecil ikut suka
3 biji cili kering di potong dua
Sawi dipotong mengikut citarasa
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia dihiris nipis
Serbuk lada hitam
garam secukup rasa
1 sudu besar Tepung jagung dibancuh dengan  sedikit air
2-3 sudu minyak masak
1-2 biji telur

Cara-cara :
Tumiskan bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik bau,kemudian, masukkan ayam yg telah potong Biarkan seketika hingga masak.Masukkan 2 cawan air.Lepas tu masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat.Tambah sedikit serbuk lada hitam dan garam. Biarkan seketika sehingga mendidih baru masukkan cendawan.Bila dah masak baru masukkan sawi dan masukkan campuran tepung jagung dan kacau.Akhir sekali, masukkan yee mee dan telur.Biarkan seketika dan boleh dihidang.

Okay mudah je kan main campak² je dah siap! Dah kenapa update entry resepi malam² kan..Whatever it is selamat mencuba!

8 comments:

  1. Huytt. macam sedap je. tengok gambar dahh mengeliurkan... Nak cuba lah. Thanks ye :)

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat..meleleh air liur...slurrrppp..

    ReplyDelete
  3. terasa lapar,sebab dah lama tak makan yee mee ni...nyum2

    ReplyDelete
  4. nak try nanti.sllu makan kat luar je mee nie

    ReplyDelete
  5. ini kalau masak pakai periuk yang selalu kat food court ada tu yg kaler hitam tu mesti sedap nih

    ReplyDelete
  6. resepi yang menarik untuk dicuba ..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.