Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik Bantuan Subsidi RM30 000

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome Rumah Mampu Milik Bantuan Subsidi RM30 000 salah satu usaha pihak kerajaan membantu rakyat Malaysia memiliki rumah yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama. Dengan bantuan subsidi RM30 000 sekurang kurangnya dapat mengurangkan beban rakyat dengan kenaikan harga rumah yang semakin meningkat naik sekarang ni.

Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Bantuan Subsidi Beli Rumah Pertama
  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  • Program & skim MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 Peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  • Antara objektif atau matlamat utama skim MyHom, membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana.
  • Program & Skim Myhome ini turut menawarkan bantuan beli rumah (subsidi) sehingga maksimum RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
Daftar Borang Permohonan Skim Myhome : Contoh pembayaran Subsidi
  • Subsidi beli rumah pertama ini akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  • Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Cara  dan Tarikh Daftar Borang Permohonan Skim Myhome
  • Orang ramai boleh memohon kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan borang permohonan bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
  • Daftar Borang Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.
Sebulan lebih lagi boleh register,mesti sesak nanti since apply online tak disediakan.Siapa cepat dia cepat.Hopefully  ade rezeki untuk miliki rumah sendiri.Perlu sangat ada rumah untuk masa depan.Nak beli tanah pun mahal sekarang ni.Kalau beli tanah luas sikit boleh buat rumah besar sikit kan.InshaAllah 


13 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.